June 17, 2011

:: bertiga. entah bila? ::

aku rindu rumah di sana
dulu, masa aku menganggur selepas melahirkan aryan
di pagar itu lah aku selalu tunggu kepulangan encik suami
di kaki lima itu lah aku selalu bawak aryan dengan basikal nya
eh, tiba tiba aku sebak pula

aku; selalu cuba untuk tabah
selalu cuba untuk buat buat kuat
selalu cuba untuk tersenyum tiap tiap hari untuk ngadap muka aryan
selalu cuba untuk beramai-ramai supaya lupa tentang kesunyian hati
tapi, sejauh mana pon aku lari dari kesepian
sejauh mana pon aku kuat nak hadap hari hari siang aku
bila tiba malam hari; mesti aku akan rasa sesuatu
(ini bukan tentang cerita atas katil. oke?)
pada ketika, aku cuba untuk lelap kan mata
masa tu juga lah aku terbayang laki aku
bagaimana dia?
sunyi kah dia? lena kah tidur dia? sudah makan kah dia?
kerinduan kah dia? sebak kah hati nya?
walau dia selalu kata dia redha
walau dia selalu tegas kan dia ikhlas
tapi, sedih hati dia, hanya dia yang tahu

celaka lah engkau, kalau engkau kata, aku sedang berseronok-seronok di sini
celaka lah engkau, kalau engkau kata, aku suka dengan keadaan ini
dan celaka lah engkau kalau kau kata, aku yang meminta-minta ini



okay. aku tak tuju pada siapa siapa
aku cuma nak jelas kan
betapa aku rindu
betapa aku rindu hidup bertiga
di bawah satu bumbung
bertiga menonton tv
bertiga menjamu selera
berdua melihat gelagat si kecil kami
bertiga bergelak ketawa
bertiga di dalam kereta kecil
dan bertiga di dalam teratak comel itu

insyallah. nanti
di mana pon nanti kita bertiga. aku tak peduli. yang penting. bertiga




aryan rindu beskal dia. tolong kurier kan? plis daddy?





4 comments:

Anonymous said...

bertiga menonto tv - TYPO

insyallah. nanti
di mana pon nanti kita bertiga. aku tak peduli. yang penting. bertiga - sedap ayat ni..

tp rasenyer lg sedap kalo sempoi cani - insyallah. nanti
di mana pon kami. aku tak peduli. yang penting. bertiga
*cadangan saje*

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

igt marah kat anna sbb aritue pm tanya sonok x dok jb huhuhu i'm sory ok huhuhu tolong doa sama2 pasti masa tue dtg juga :D

(o_0) said...

rindu eh flat.. hahahaha

-icha03- said...

incik suami,
oke deh..

anna
huiishh
xde laa...
dont wori
:p

chem
mesti laaa..
:p