June 21, 2011

:: ketentuanMu ::

semua sudah tertulis. semua sudah ditakdir kan
tiada apa lagi yang tinggal
aku kene terima hakikat yang Tuhan sudah tetapkan
aku kene terima qada' dan qadar yang Tuhan telah tentukan
menyakitkan. menyesakkan. tapi aku cuba untuk redha. cuba untuk ikhlas
sebab kalau aku tak cuba untuk begitu;
selagi itulah hati aku tak kan pernah tenang
dan selagi itu juga aku akan asyik mempertikaikan kenapa? kenapa?
satu benda yang aku selalu belajar; bersangka baik dengan kerja Tuhan
bersangka baik dengan ketentuan Tuhan

6 tahun jangkamasa yang begitu lama
macam macam boleh jadi dalam tempoh itu
aryan pon dah sekolah agaknya
dan entah entah aryan pon dah ade adik
dan mungin, kak juli pon dah kahwin
alia pulak entah entah sudah sambung belajar di peringkat lebih tinggi
itu semua kemungkinan
dan yang pasti nya, kalian tetap dirindui sampai bila bila
kami sekeluarga dan kawan kawan akan setia menanti kepulangan kalian

kalau boleh aku mahu satu tempoh tidur yang panjang
kalau boleh aku mahu putaran jam itu berjalan dengan pantas
dan kalau aku mampu, aku mahu putarkan kembali masa
tapi, itu memang tak mungkin
Tuhan itu maha mengatur
Dia maha mengetahui dan dia maha menyayangi
kalian; diberi peluang untuk menjadi lebih baik
kalian; diberi peluang untuk membetulkan kembali kesilapan
kalian; akan lebih mengerti betapa kami (keluargamu) terlalu cinta kan kalian
tak pernah sehari pon kami tidak berpikir tentang kalian
tak pernah sehari pon air mata kami tidak menitis mengingati kalian

pintaku; semoga kalian baik baik sahaja
doaku; semoga kalian tabah
percayalah, sayang kami semakin menebal. cinta kami tidak berkurang
kite akan ketemu lagi nanti. insyallah

*yang pasti nya, raya kali ini memang tiada makna lagi*
:(

3 comments:

e!ya said...

nape nieh?

(o_0) said...

QADA & QADAR... tu yg kita belajar sejak kecil.

like it or not we HAVE to face it no matter what.

DIA yg mengatur kehidupan kita.. DIA dah menetapkan. we will neva ever know apa yg akan jd pd ms depan.. sapa tahu ketentuan utk mereka mungkin suatu hari akn jd org yg lebih berjaya drpd kita.. kannnn??

never stop praying.

she said...

cha...shem...aku da ubah skit blog aku...tp xreti nak type ape lg....hahahahaa

http://sheizumi.blogspot.com