May 10, 2012

sabar



mesti semua orang dah tengok video kes dera tu
kan?
yang kecoh kecoh semalam kat FB
yang dah keluar kat TV3 pon
yang rupa nya itu kes tahun lepas
perempuan tu ada mental problem
perempuan tu dah kena lokap
perempuan tu dah di kenakan hukuman untuk setahun lebih

aku tak tengok
aku tak punya daya untuk "view" video tu
aku memang tak sanggup
video yang hari tu budak kena plaster mulut pon,
aku dah nangis macam apa
ini pulak tengok budak kena pukul secara live gitu
memang tidak lah aku nak tengok

yang aku hanya dengar suara budak tu nangis
(ada budak kat ofis bukak)
dengar dia nangis mendayu macam tu aku teringat aryan
kata kawan aku, even dia dah kena pukul,
dia tetap merangkak kat emak dia
tapi dia kena terajang pula
oh. aku tak sanggup betul dengar
aku teringat aryan
aryan; kalau aku marah
lepas tu kalau aku cakap aku tak nak kawan dia
atau pon aku paling muka aku tempat lain
dia mesti datang tempat aku,
tarik muka aku, pegang muka aku,
suruh tengok muka dia
lepas tu dia cium banyak banyak muka aku
alahaiiii .. macam mana marah pon engkau wahai ibu
anak kita tetap carik kita
sebab dia masih kecil
dia tau, hanya kita la pelindung dia
dia tak kenal orang lain
alahaaaiiiii

setiap orang ada masalah
dan aku yakin perempuan tu pon ada masalah
orang yang tidak waras je buat macam tu

apa apa pon, aku harap Tuhan bagi aku kesabaran
sabar dalam apa jua keadaan
sabar hadap karenah aryan
sabar dengan apa saja
sabar supaya aku dapat elak kan dari buat sesuatu pada aryan
semoga tuhan beri aku sifat "kasihan" ini sampai mati
sifat "tidak sampai hati" ini sampai bila bila
dan sifat "perikemanusiaan" tertanam sampai hujung nyawa
insyallah

8 comments:

Anonymous said...

sifat "tidak sampai hati" ini samai bila bila

*typo*

♥naematulsaadahismail♥ said...

betull..naem tgk sikit je..lepas tu bergenang air mata terus tutup.. sbb kdg2 salu hilang sabar bila xdapat handle tisya nangis..

tapi..aryan tu pandai betul amek hati mummy dia eh..comellll

Es hash ei Ka Ei en said...

org dok kutuk dia ni dlm fb memcm kata kesat keluar. aku ada tgk video ni.

aceli yg xdek sifat manusia tu yg dok rakam video n yg dok larang tp tak bertindak. *(&@(*^(699..

pompuan ni mungkin tgh meroyan kot br bersalin ke laki tinggal ke ape ke.. kita xtau.. tp kita hukum dia dulu.

papepon mesti igt.. cane nk hati tenang? mcm mana nk jd org yg bersabar? baca al quran selalu. Allah dah pesan .. Nabi Muhammad pon dah pesan. tinggal buat dan tidak je. baca paham ingat dan amal, InsyaAllah. Jdkan Al quran da solat tu dinding kita.

-icha03- said...

Chem
org yg tukang rakam tu tak bole
dipersalahkan..
dia terpakse rakam sebab nk bagi bukti kat polis
cuma nya tu laa...
mcm lame sgt dia rakam...
huk huk huk

Es hash ei Ka Ei en said...

aku tgk dah video psl org yg rakam tu cerita lak..

kalo ikut logik .. xperlu la kot rakam lelama.. kalo aku tgk org pukul budak sampai naik hantu mcm tu xkira la org tu ganas ke ape ke.. aku rasa kita yg tgk ni xkn duduk terus menengok je kot. wallahualam.

janna said...

aku yg xde anak pon nanges mcm nk gile

Emynz said...

penjara 18 month - 2 taun lebih . rasenyer macam tak setimpal ngan hukuman ngan ape yg dia buat. yet who re we to question kan

me pun tak tengok video tu, baca komen jek. baca komen pun dah bergenang. hish!

Asz said...

cedeynye entry icha kali ini. I believe u r the gud mother. i have watched dat VC. I tak paham nape ade org sanggup wat cmtu.Sedangkan kucing pon berkaca2 matanya bila tengok anaknya mati kita yg punya hati dan otak ini patut lebih pandai berfikir dan lebih tau menggunakan perasaan pada tempatnya...