sepotong ayat dari drama semalam
hik hik hik
_________________________________________________
sebenarnya aku tengok pon dah terlewat
sebab aku tertidur
aku on tv9 pon dah pukul 9.30 pm
kire dah half way la cerita ni
tapi pon belum terlambat la
kisah mulut jahat yang membawa padah
kisah tergurisnya hati seorang ibu
cerita tu memang agak menyeramkan la
ni lah nama nya kerana mulut badan binasa
kadang kadang kita tak perasan apa yang kita keluarkan,
menyakitkan hati orang lain
dan orang tu, belum tentu boleh maafkan
sebab bila berkaitan dengan hati dan perasaan ni,
lebih lebih lagi menyakiti hati ibu
dan juga, bukan mudah untuk jadi seorang ibu
tak aku nafikan
mengadap perangai anak anak
telan rasa dengan sikap anak anak
aku harap satu masa nanti aku boleh jadi macam mak aku
jujur; mak aku tidak pandai
mak aku tak pernah sekolah
mak aku buta huruf. jawi dan rumi
mak aku selalu cakap dia bodoh
mak aku selalu takut untuk beri pendapat
mak aku memang gagal untuk didik kami dari segi persekolahan
sebab dia tak mampu tunjuk ajar kami
tapi aku bersyukur sebab dia, mak aku
aku bersyukur sebab aku keluar dari rahim dia
aku bersyukur sebab aku punya mak yang begitu mulia
ada 13 orang anak, dua darinya meninggal sudah
dengan perangai yang setiap darinya kadang menyakitkan
belum kira lagi yang dia pernah dibuli menantu
pernah ditunjal-tunjal menantu
tapi percaya lah, jarang sekali dengar dia membalas
jarang sekali dia keluar kata kesat kepada kami
aku pernah bising kat dia
kenapa dia begitu sabar. kenapa dia asyik diam?
ringkas saja jawab nya
dan aku rasa dia begitu tinggi, bila dia kata
"sebolehnya, mak tak nak terkecil hati dengan anak anak,
sebolehnya tak nak terkecil hati dengan menantu,
sebab mak tahu, nanti Tuhan balas kat anak mak"
sebab dia tahu,
azab tuhan pada anak derhaka itu sangat menakutkan
dan aku yakin, bukan mudah nak buat macam tu
bukan mudah untuk seorang ibu telan saja dengan perangai anak anak
aku harap aku boleh jadi macam dia satu hari nanti
aku harap aku boleh jadi ibu yang penyabar
dan selalu mendoakan yang baik baik untuk anak anak aku
sebab aku percaya,
doa seorang ibu itu sangat di dengar Tuhan
insyallah
^-^
6 comments:
hati seorang ibu..sangat penyabar w'pon kerenah anak b'beza..aku pon bharap dpt mjadi ibu yg terbaik utk anak2..insyaallah kita b'usaha yg terbaik utk mdidik anak2 amanah dr yg kuasa..amin..
beshkan family yg besar..sure happening kan..riuh rendah rumah..
yeeeppp..
suatu ketika dulu..
aku sorg anak..
skang..
aku seorg ibu..
sukeeee...
aku tengokkkk
tp 9.30 tukar jap ust. don. pkl 10 smbg blk.. ms tu tgk dah mulut cam tu.. nsb la akak opis aku tgk.. dia cite blk nape angah kena camtu..
dr awal aku tgk iklan dah xsbr nk tgk drama tu.. mmg best la..
hrp sgt ulang blk..
sampai opis smlm pakat cite dgn akak² kat opis. semua ckp best. ehehe
bila ko tau yg anak akan berdosa bila sikit je hati kau sebagai ibu terasa..terkecik hati dgn anak².. maka cuba la sejauh mungkin buang rasa tu.. sbb mmg kesian anak² xberkat hidupnya apabila ibu dah kecik hati.
xsemua bertuah dpt ibu yg begitu.
tp alhamdulillah aku dah jumpa ramai yg begitu dan mereka aku jdkan sumber inspirasi utk jd mcm mereka. insyaAllah.
kene tunjal kapla pun masih bleh bersaba, mmg salut ler kat mama ko nie icha . jarang jumpe orang bleh sebegini sabar kot. nanti kim salam eh
aya
insyallah :)
sama sama lah kita
seronok mmg aahh
tapi letih nye nak ngemas
hahahahha
chi
suke tapi kdg kdg
mmg mencabar
haahahha
chem
satu hari nanti
if tuhan beri kau peluang jd seorang ibu,
aku percaya kau bole jd ibu yg terbaik
insyallah
:)
mynz
tuhan bg sabar ikot kemampuan seseorang
mungkin tuhan tau mak aku bole redha
tp klu kne kt aku
memang aku terajang blk akak ipar aku tu
naseb mase tu aku tak lahir lagi
hahahahhahahahah
ramainyaaaaa adik beradik akak....
dah jadi mak2 ni,tengok citer camni ngalir air mata..baru tau rasa jadi mak macam mana kan..
tapi kagum la dgn mak akak..sgt penyabar..Allah saja yang mampu membalasnya..murni betul hati seorang ibu..
semoga kita dapat jadi ibu yang baik untuk anak2 kita :)
Post a Comment