July 30, 2012

:: raya raya ::

mari cerita apa jadi minggu lepas

satu; sd card aku corrupt
sedih + geram + kecewa
ada beratus-ratus keping gambar dalam tu
ada berpuluh-puluh video dalam tu
dan yang aku terlebih ralat adalah video video comel aryan
aku guna henpon tu since aryan umur setahun
paham paham je la dalam umur macam tu
macam2 ragam si aryan ni
haihh.. memang la tak dapat di ulang lagi
yang tinggal cuma beberapa je la dalam facebook
aku tak tahu nak buat apa
aku rasa macam nak patahkan terus sd card tu
nak buat apa pon kan lepas reformat ?
memang lah still boleh guna, tapi dah kosong
now aku pakai sd card yang baru yang lebih kecil - 2g
kalau dulu 8g punya
sampai hari ini or mungkin sampai bila bila aku rasa ralat
pada hal incik suami dah banyak kali pesan
copy semua file2 (gambar & video) letak dalam lappy
tapi itu la, aku anggap remeh je
last last jadi gini, padan muka la
kalau ada siapa siapa yang ada idea atau cara ?
boleh la share ye?
sebab aku memang belum usik apa apa pon card tu




tenseeeeeennnn .. !!!!!!


dua; shopping raya
tema tahun ini merah
memandangkan incik suami tak balik lagi da minggu minggu hadapan
dan time raya nanti baru pulang ke JB,
makanya, aku penuhkan hujung minggu lepas dengan bershopping
nanti kalau aku dah sorang2 mana larat nak berjalan
plus malas!
jadinya, semua sudah selesai minggu lepas
macam biasa, lebih kepada barang aryan saja
alahai..hari raya kan untuk budak budak
kan kan kan
yang tua tak payah la iye2 sangat
so far okay la. semua under budget
tidak lebih masih ada baki
kena cari lagi 2-3 helai tshirt aryan
seluar sudah cukup rasanya

itu saja lah rasanya
lain tiada. ahh badan masih rasa letih 
kaki masih rasa sakit
alhamdulillah masih gagah berpuasa
hahahahahah
kamu kamu?
sudah soping?
share?

^-^

*tiada gambar sebab tak bole nak snap
stupid sd card!
arrghhhh..!!!

July 27, 2012

:: besederhana ::





tahu ini siapa? tahu dia menangis kerana apa?

ini adalah mufti Arab Saudi
ini berlaku ketika siaran langsung
dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia ::

"adakah puasa saya di terima jika;
 saya tidak bersahur dan tidak berbuka?" 


mufti berkenaan menangis dan sangat sedih
 mengenangkan nasib rakyat somalia
yang tidak mempunyai makanan untuk bersahur
apatah lagi untuk berbuka
sedang kan kita?
membazir. berlebih lebih

kadang aku tak paham dengan orang,
 yang sanggup berhabis untuk berbuka di hotel
berbuka di restoran restoran
yang memang kita tahu harga nya bukan murah
ada yang jejak rm70 - rm80 untuk seorang
makan pon bukan banyak mana
membazir sangat
haaihhh
jujur. aku tak pernah pergi
kalau ada pon aku pergi itu adalah percuma
hahahaahhahaahah
dulu aku pernah duduk serumah
dengan kawan yang kerja di syarikat pemaju
memang boleh di katakan kerap sangat dapat voucher percuma
waaah..memang muai...memang best
tapi, untuk aku keluarkan sendiri duit
jangan harap lah
baik aku beli banyak banyak makan ramai ramai kat rumah
puas hati!!
pasti habis! pasti licin!

pengalaman aku ikut program "bersamamu" oleh syarikat aku bekerja
banyak ajar aku tentang kesusahan orang lain
ada yang rumah nya tidak berlantai
ada yang rumah nya di atas air dan hanya di ikat di sebatang pokok
bayangkan, sepanjang kami di rumah itu
kami bergoyang sentiasa. huhuhuhuh
ada yang rumah nya tidak berdinding
ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
ada juga yang anak anak nya semua cacat

haaihhh ..
macam macam sangat kesusahan orang
kadang sesuatu yang kita tak pernah bayangkan
kita susah, ada orang lain yang laaaagiii susah
kita menangis, ada orang yang sudah tidak mampu menangis
kita mengeluh, ada orang yang rasa sudah letih untuk mengeluh

untuk program "bersamamu" tahun ini
mungkin aku tidak dapat melibatkan diri
atas faktor faktor kesihatan
kadang rasa rugi, tapi bila fikirkan takut nanti menyusahkan orang lain
jadi nya, aku putuskan untuk tidak pergi
dengar nya, kali ini kami perlu ke perkampungan nelayan
di sedili, kota tinggi
aku tak dapat bayangkan macam mana
tapi masa meeting "bersamamu" hari tu,
menurut kata tok penghulu; memang kebanyakannya daif
aku harap tidak lah terlalu daif .. huhuhu

bersempena bulan mulia ini
marilah kita sama sama berfikir sejenak
mengenangkan saudara saudara kita yang tidak mampu
yang serba kekurangan, yang serba kedaifan
berikan sedikit kegembiraan kita kepada mereka
kalau rasa tidak tahu bagaimana
cukuplah dengan mendoakan kesejahteraan semua umat
insyallah
^-^

______________________________________________

:: penderitaan rakyat somalia ::
















:: penderitaan muslim Rohingya :: 











sampai bila ini semua akan berakhir, Tuhan?
moga di percepatkan



July 26, 2012

:: sekeping kad untuk incik suami ::




aku dah tak ingat, bila kali terakhir aku bagi kad untuk incik suami
keee..sejak kahwin aku tak pernah bagi ek?
errmm ... rosak..rosak ..
bila dah jadi suami isteri macam tu la
kebanyakannya dah lupa cara cara nak beromantika d'amor
hahahahah
lagi lagi kalau da ada anak
kan kan kan

minggu lepas. something happen
memang salah aku
dan di sebabkan kami jauh
aku tak tahu macam mana nak pujuk
dan memang; sejak azali, aku memang tak pandai pujuk
memang jangan harap la
dan aku juga bukan jenis yang meminta untuk di pujuk
sampai masa hati aku dah oke, oke lah dia
teringat kat si wanie yang sangat kreatif membuat kad
contact dia; jumaat lepas
dan terus minta dia create kan satu kad untuk suami aku
senang je, aku perlu cari contoh kad yang aku rasa cantik
yang aku rasa aku mahu seperti itu
dan aku beri pada wanie
dan dia akan buat lebih kurang seperti itu

aku minta wanie terus pos ke ofis incik suami
aku minta dia pos secepat yang mungkin
tapi sebab aku order dah last minit
sooo.. paling cepat wanie bole pos hari isnin
ermm .. oke la kan

dan kad itu sudah selamat sampai di tangan suami aku
alhamdulillah. dia suka
dia cakap cantik
terima kasih incik wanie
kepada sesiapa yang nak order
sila la yee...
incik wanie ni sangat laju melayan permintaan anda !!




comel. kan?
tak perlu tahu apa isi dalam
cuma incik wanie je yang tahu
hahaahahah

July 25, 2012

:: Top 10 rude Malaysian habits ::




*klik untuk tumbesaran*


heboh cerita pasal ini sejak semalam
keluar dekat paper "NST"
dan aku rasa kebanyakannya semua tersangat lah betul
huh

No 1
ini memang tersangatlah selalu jadi
paling aku sakit hati kalau orang jenis mencucuk kat belakang
kadang tu kita tahu kereta kita lembap
tapi kadang tu lane sebelah kita tak dapat nak masuk
jadinya, sabar lah
ini tak..siap main lampu lagi..
ikot kan sakit hati nak jeeeee brek mengejut
baru padan muka
tapi leceh pula nanti
kan?

No 2
ini yang paling aku selalu nampak
"jangan buang sampah di sini"
tapi.. dekat situ lah orang ramai2 buang sampah
haram betol..
huh

No 3
ini aku tak pernah kena la
tapi orang orang yang jenis rembat parking ni
tersangat lah kurang ajar
harus kene pancit kan tayar
hik hik hik

No 4
ini aku selalu kene dulu masa kat KL
selalu tak dapat tempat duduk walau perut aku dah membusung
buat buat tidur..buat buat baca buku
melampau sangat!
yang lelaki tu aku memang tak harap la.
kadang tu memang tak de hati perut
yang perempuan tu pon sama juga
entah mana letak perikemanusiaan ntah
haaiihhh

No 5
ini pon selalu la kan dulu dulu
tapi aku jarang jumpa keadaan yang terlalu sesak dalam train
yang aku pernah jumpa,
masa naik komuter dari KL central ke Batang Kali
maaaaaaaaaaakkk aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhh
memang aku tak dapat bayangkan la
nasib baik aku turun kat hujung dunia
dah sah sah tak ada orang
kalau aku turun awal
mau aku tak turun
perrrghhhhhhhh
aku tak dapat bayangkan orang yang hadap situasi tu hari hari
kesiaaaaaaaaaaaaaaannnnnn
sebab nya, semua pon dah kelam kabut nak masuk
jadi nya, orang yang nak keluar memang bergaduh la nak turun
hu huh uhu huh uh

No 6
ini selalu orang nak berlagak je
cakap nak iye iye..
cakap nak kuat kuat
sampai satu dunia dengar
cerita, dia lah yang paling gempak 
ceesssss

No 7
Ini aku tak pernah kena
tapi selalu juga la nampak orang lain kena
memang agak kurang sopan la
kalau kau dah nampak ada orang belakang kau nak guna pintu yang sama
kau tunggu la kejap
lagi lagi kalau orang belakang kau tu, mengandung ke, pegang anak ke
haaihhh

No 8
ini memang penyakit orang kita
susah nak ucap terima kasih
dah la tu muka masam pula
senyum kan sedekah
kan kan kan kan kan 

No 9
yang ini...
errhmmmm..
kadang kadang aku buat gak laaaa
no komen
hik hik hik 

No 10
ini memang la kaaaaaaaaaaannnnnn
malas mau cakap...
huuuuuuuuhhh...!!!!!!


_____________________________________________


mari lah kita sama sama berubah 
untuk jadi rakyat yang lebih baik
yeeeee??
ewaaaaaaaaaahhhh
^-^



July 19, 2012

:: selamat berpuasa 2012 ::





lagi sehari nak puasa
insyallah sabtu @ 21/07/2012 kita puasa
fuuhhh ...

hati meronta-ronta nak sambut puasa di KL
tapi keadaan tidak mengizinkan
jangan tanya kenapa
sebab aku takkan jawab
ahhahahahahha

jadik
sambut di JB saja lah
mungkin incik suami datang JB
kalau tidak pon, tak apa lah
biar dia sambut di KL dengan keluarga sana
^-^

apa pon
Selamat Menyambut Puasa ye
semoga dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna
insyallah



July 18, 2012

:: meatball ikea ::




update :: alhamdulillah. dana untuk baby juna sudah cukup
alhamdulillah. dalam tempoh 24jam saja
begitu ramai yang peduli. begitu ramai yang sayang
alhamdulillah. syukur
sebentar lagi. jam 9pagi, juna akan di bedah
moga semua berjalan lancar. insyallah.
kita doakan sama sama. ye?


_______________________________________


oh ye
isnin lepas, aku ada google pasal meatball ikea tu
saja saja la kan
sebab kan ramai yang cakap benda tu sedap
aku pernah pergi ikea tu, tapi tak pernah makan kat sana
jadi nya memang tak pernah tahu macam mana rasa nya

kalau dalam google memang banyak la kan resepi meatball tu
cuma nya tak tahu yang mana satu betul
aku cuma ambil yang paling mudah
hihihihi

aku tahu, sepatutnya kita kene buat meatball tu sendiri
tapi sebab malas ah.. aku cuma guna meatball ready made
dan aku lebih tumpu pada kuahnya
dan ye, kuah nya agak pekat
next time perlu di cairkan
^-^

dan alhamdulillah
sedap. memang sedap
dan jujurnya, aku tak tahu macam mana rasa nya
jadi nya, aku tak boleh cakap yang rasanya asma macam meatball ikea tu
ah. tak peduli. yang penting sedap
^-^

:: update ::

sebab si budak kecik nak tahu resepi
jadinya
mari kita kongsi
(dah kongsi ni jangan tak buat pulak. huh)

bahan bahan ::

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar (di potong dadu & di goreng hingga layu)
1 biji tomato (di potong dadu)
1 1/2 cawan air sejuk*
100 ml susu segar/susu cair*
3 sudu sos tomato*
3 sudu sos tiram*
2 sudu kicap manis*
2 sudu lada hitam*
1 cube ayam*
1 sudu gula*
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
cendawan tiram/butang

cara cara membuat ::

a. cairkan butter 
b. masukkan tepung gandum
(goreng sampai bertukar warna coklat2)
c. masukkan bawang yg sudah di goreng/tomato/cendawan
d. masukkan semua bahan bertanda (*)
e. untuk pekat masukkan bancuhan tepung jagung

cara cara hidang ::

a. goreng meatball segera
b. goreng fries
c. tuang kuah
d. hidang

SIAP..!!!!

*aku tak masuk kan tepung jagung sebab kuah dah sedia pekat
dan kalau korang nak cair, tambah air lebih sikit
if dah tambah air, pandai pandai la tambah benda lain
biar rasa nya sekata
ye?

selamat mencuba!!!!

July 17, 2012

:: bakti arjuna fitri ::








:: sila klik untuk tumbesaran ::

mungkin ada yang sudah kenal dia
mungkin juga ada yang tidak
tapi siapa pon dia
aku mohon jika ada rezeki di mana mana
mohon untuk bantu si anak
si bakti arjuna fitri
si kecil itu yang baru berusia 1 bulan 2 minggu itu sedang memerlukan
kalian boleh search di facebook nama si bonda
peri cenderawasih atau fynn jamal
mohon jika ada sedikit kelebihan
kita sama sama ye?
tidak perlu banyak, sekadar mampu
dan jangan lupa di doakan juga si kecil itu


nama :: nur affina yanti binti jamaludin
akaun :: maybank
no akaun :: 164810008992



:: terima kasih ::


----------------------------------------------------------------

di alu alu kan jika mahu share di ruang kalian

^-^

July 11, 2012

:: kepura-puraan ::

aku sebenarnya dah hilang mood nak kerja sini
entah lah
dari hari ke sehari makin bosan di sini
oleh sebab keadaan tidak mengizinkan untuk aku berhenti kerja
jadi nya aku hadap je la dulu
lagi pula sekarang da bulan july
lagi berapa bulan saja untuk bonus
rugi pula rasa untuk tinggal
walau aku dapat agak bonus kali ini mungkin tidak sehebat mana
tapi masih ada bonus. kan?
kerja letih setahun rasa puas bila dapat habuan. kan?
jadi nya. sabarkan saja lah hati
moga ade perubahan di mana mana
moga ada sedikit ketenangan di mana mana
haihh

siapa lah aku untuk bersuara
hanya insan kerdil yang tidak dipandang pon
its still the same. dari dulu sampai sekarang
jadi nya, sabar saja lah
apa lagi bole di cakap
bukan sendiri tak tahu yang persekitaran kerja di sini begini
bukan sendiri tak tahu yang orang orang nya memang begini
ah..bukan di sini saja
di mana mana saja pasti jumpa orang begini
yang penting pandai pandai lah untuk urus
pandai pandai lah untuk elak dari terjebak
dan pandai pandai lah dalam berbicara
hari ini kita boleh berkawan baik
tapi sekelip mata saja esok kita dah bermusuh
lumrah dunia. memang nye begitu lah

ini tidak sama dengan seawal 2003 aku join syarikat ni
sekarang dah 2012
sembilan tahun sudah
manusia berubah. hati kita lain lain
itu lah hakikatnya
dulu kau baik dengan aku. tapi sekarang kau tikam aku
ah. bukan tak pernah jumpa. kan?
bersepah manusia macam ni
tak susah nak cari

moge dikuatkan semangat lah
kalau berterusan. lepas bonus aku ciao
tak sanggup hidup dalam pura pura
ewaahhh
tak kesah bonus berbulan bulan tu
yang penting hati senang
kan ?
^-^

July 10, 2012

:: Ramadan is around the corner ::

lebih kurang lagi seminggu nak puasa
lagi sekali untuk tahun kedua berpuasa tanpa suami di sisi
haaihh
harap tahun depan kembali bersama. insyallah

aku punya cita cita untuk ramadan kali ini
entah la dapat capai atau tidak
pertamanya; 
aku ingin buat ini

selain itu
ingin memperbaiki solat aku
melengkapkan terawih aku
insyallah insyallah insyallah

keduanya;
kakak aku ajak buat biskut raya
entah la jadi ke tak
kunun nya nak buat dalam 6 jenis
entah larat entak tidak
hahahaha
erm..tolong doakan ye..
^-^

kalian?
bagaiman?
baju raya sudah beli?
raya mane tahun ini?
^-^




July 3, 2012

:: teman pengganti ::









_______________________________________________




pernah dengar lagu ni?
pertama kali aku dengar, tiba tiba macam sebak
lepas tu lama sangat aku tak dengar lagi da
hari ni boleh macam terpikir nak cari lirik lagu ni
baca..baca...sambil dengar lagu
wah.. lain macam pulak feel nya
aku letak diri dalam lagu tu
oh..airmata genang genang

pernah tak satu hari kalian terpikir
kalau nanti satu hari
pasangan kau akan tinggal kan kau?
tak kira hidup atau mati
tak kira apa pon sebab nya
pernah tak terpikir?

pada hari kau di ijabkabulkan
pada hari itu lah kita mohon pada tuhan
moge dia lah pasangan kita sampai mati
dialah pasangan kita yang akan bawa kita ke syurga
pasangan yang sudi jaga kita sampai hujung nyawa
pasangan kita yang sanggup terima kita apa adanya

tapi tak semua impian kita akan tercapai
tak semua angan angan kita akan jadi kenyataan
ini bukan cerita dongeng. bukan cerita cinderella
ini dunia nyata yang tak pernah berhenti dari masalah
kita akan selalu di duga
antara mampu atau tidak untuk hadap

aku baru masuk 3 tahun berkahwin
tapi tidak aku nafikan pelbagai masalah yang timbul
pelbagai dugaan yang datang 
dan setiap darinya aku yakin tuhan sayang aku
sebab itu dia tak henti henti duga hati aku
setiap rumahtangga ada masalah nya masing masing
ada rumahtangga tidak pernah dilanda badai
ada rumahtangga bergoncang hingga tenggelam
dan ada rumahtangga mampu dikemudi hingga ke tepian
semua nya bergantung pada ketentuan yang maha Esa
kita hanya mampu merancang
Dia maha menentukan
yang penting jangan pernah berhenti berusaha
kan?

"Sejak dua menjak ini
Makin kerap aku di ganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jarinya kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka"

cuba lihat rangkap ini
sedih. kan?
aku selalu berharap
kalau tuhan mahu putuskan jodoh aku dengan suami
biarlah sebab salah seorang nya mati
macam tak sanggup kalau aku masih ada
tapi lihat dia dengan orang lain. kan?
tapi Tuhan itu maha mengatur
semoga aturan nya yang baik baik untuk aku
insyallah

"Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga moga cukup untuk majlis itu nanti"

ini sangat menyentuh. sangat
tapi kalau benar nanti
aku terpisah dengan suami aku sebab aku mati
aku harap suami aku boleh jaga zuriat aku dengan baik
yang penting dia tidak putuskan hubungan zuriat aku dengan keluarga aku
itu yang sangat penting
walau aku tiada, dan nanti dia yang jaga zuriat aku
tolong. rajin rajin kan bawa zuriat aku jumpa keluarga
semoga zuriat aku tidak lupa dengan keluarga nya yang sini
dan untuk suami aku
kalau nanti aku tiada
biarlah cari yang lebih baik dari aku
sebab sesungguhnya; aku ini tidak sempurna
aku ini banyak sangat cacat cela nya
tidak sukar untuk cari yang lebih baik
sebab yang kau punya ini terlalu banyak kurangnya
semoga tidak pernah berhenti sayang aku
semoga tidak pernah berhenti ingat aku
dan semoga selalu mendoakan kesejahteraan aku
^-^


__________________________________________

airmata jatuh pula 
aku rasa macam tengah catat wasiat untuk suami
hahahahhahaha
ah..semoga aku dipanjangkan usia
semoga tuhan lamakan jodoh aku dengan dia
semoga kami; sama sama dapat lihat zuriat kami membesar
semoga kami; sama sama berpegang tangan hingga tua
hingga ke akhir nafas

moga kau dengar Tuhan
^-^
insyallah