October 21, 2011

:: cerita incik suami ::




sebenarnya; susah agak nya jadi lelaki ni. kan?
jadi seorang suami
jadi seorang anak lelaki
jadi seorang abang
susah kah ?

dulu; masa aku masih di KL dan ada adik ipar yang tinggal bersama
seringkali berselisih muka, seringkali ada yang tak kena
dan sebab teratak kami sangat kecil, aku cuma ada satu ruang untuk mengadu
bilik kami. dan kami perlu cakap dalam volume yang paling kecil
dan itu semua sangat menyesakkan
sebab kadang rasa tak puas. hahahah
dan setiap kali nya suami aku kate;
"lu nak ikot cakap lu, dia nak ikot cakap dia"
"tapi pernah tak korang pikir pulak perasaan gua?"
"gua tersepit. sebelah bini. sebelah adik"
"pergi sana, buang muka. pergi sini paling muka"
"abes gua macam mana?"

sejujurnya, aku tak pernah pikir perasaan dia
yang aku tahu, aku nak luah kan segala rasa tidak puas hati aku pada dia
aku nak dia pikir dan aku nak lambak kan segala masalah kat kepala dia
dia suami. dia ketua keluarga. dia pikir lah. decide
pada aku, sebagai lelaki dia tahu la nak handle ini semua
pandai la dia pikir mana yang baik

dan sehingga sekarang
aku masih tertanya-tanya;
ikhlas kah dia dengan keputusan aku kerja di sini. jauh dari dia
ikhlas kah dia semata untuk buat aku gembira
(walau aku tidak pernah meminta-minta dia beri izin)
ikhlas kah dia berjauhan dengan anak semata untuk mencari rezeki lebih

tempat isteri itu kan di sebelah suami nya?
tugas isteri itu kan untuk memberi bahgia pada suami nya?
kalau seorang di sini, seorang di sana
bahagia kah? gembira kah? tenang kah? ikhlas kah?
aku tiada jawapan untuk itu
sebab di situasi aku sekarang, sebagai anak dan isteri, aku juga tersepit
antara suami & keluarga
(ini cerita lain)
doa aku; moge tuhan bantu kami
pinta aku; moge tuhan pelihara hati kami dan tidak dipalingkan pada yang lain
harap aku; moge tuhan ada jalan yang lebih cantik untuk kami
dan moge ini yang terbaik untuk semua

sehinggalah ke hari ini;
bila mana dia telefon aku dan bagi tahu
"paiz nak pindah"
aku. di sini. sungguh sungguh menahan rasa sambil air mata bergenang
situasi nye begini; paiz kawan baik yang paling dekat
boleh di katakan tiap minggu dia bermalam di rumah paiz
jadi nya bila paiz tiada dengan siapa dia hendak bergurau-senda ?
dengan siapa dia hendak bermesra ?
dan siapalah kami untuk menghalang paiz dari pindah
pergilah paiz; itu rezeki kau. jangan pandang ke belakang lagi
ye? rezeki anak. amin

kalian pasti tidak begitu kenal suami aku
memang kadang gurau nye kasar
memang kadang bicara nya menyakitkan hati
tapi bila menyentuh tentang kawan baik
begitu lah dia
sedih nya. aku pon kadang tidak dapat sama rasa
sayang nya dia pada kawan sangat kuat
lebih lebih lagi paiz yang memang dengan kami tidak pernah berkira
*wah. aku sebak ni*
ah. sudahlah. paiz bukan pindah mana pon. kan?
sungai buloh je kot
piiisssssssssssssssssssss

dan aku?
aku tak tahu sampai bila aku akan di sini
dan sampai bila kami akan begini
sampai bila aku nak biar suami aku sorang sorang
salah aku. aku tahu
insyallah nanti. kita kembali bersatu. ye sayang?
jom beli rumah kat jb. meh duduk sini
^-^
ok. tak kelakar. bye


*makan seorang*
this is sad. so sad.

9 comments:

Ella debab said...

cinabes la ko punye ayat sbb buat aku sebak..sampai aku nk kua lunch pun tak bleh ..sbb..mate aku merah =))

sg buloh - cheras tadek la jauh sgt *kebas jugak la bontot hehehehee...anytime, wawad boleh check in tmpt baru

dan semoga rezeki kalian melimpah2..buat kekaseh gelapku icha, bukan slh ko, bukan salah sesiapa...ade hikmah di sebalik yg terjadi...bukak mate, bukak hati pandang ke depan...

yang penting, malam ni ko berada di sisi somi terchinta...wiuwiuwiuuuu...enjoy the time spend together yep :p

*aku nk pi usha baju wrestling utk kembar dua ekos tuh =))

-icha03- said...

huk huk huk
haihh
:(

mochitsuki said...

cha.. :(
ko kan kuat..
aku pon kuat..
kite sesama kuat oke..

aku janji..
aku update blog..
*tetibeeeee

ha.. da nampak..
aku nampak ko senyum..
*br la marvelesss

(o_0) said...

malas ah nk komen nanti banjir lak sini..

eh boleh banjir ke blog ni??

dah nak pindah eh jiran kita.. jauh gak tu sg buloh. aku ni lak tatau dok mana nanti.. ntah² dok temerloh .. yg pasti dok dlm kubur tu confirm dah. ekekekekeke..

people come n go.
tak ada dan tak akan pernah la boleh hidup selamanya gitu..
plg busuk ko dok sesama dok dkt pon esok lusa berpisah dek kerana pergadohan.

biar jauh.. biar ada rindu. biar lg kuat kasih syg.

(eh byk gak aku komen)

-icha03- said...

chi
ye la..
kuat kuat juge
tp ksian kat incik somi
weh, jgn half way eh update
rajen2 tau..

chem
tiba2 jek dok temerloh?
ade plan ke?
huk huk huk
jauh nyeee
:(

mochitsuki said...

wakakaka..
kalo banjir blog..
memang blop2 la..
blog icha..
hehehe

Ella debab said...

bia chem rindu2 an kat aku pulak *tak pasal :)) hahahahaha...

2faz said...

cik ella jom gali gali

Padli said...

Sob sob......