October 5, 2011

:: exercise ::




_______________________________________

dalam banyak banyak artis yang cantik lepas bersalin
aku suka aishah sinclair
padan aku dia makin cantik dan makin kurus lepas bersalin
okay. tak boleh nak compare sebab dia duta "marie france bodyline"
banyak duit, semua boleh cerita


aku dah letih nak cerita pasal berat badan lepas bersalin ni
aryan dah 19 bulan
lagi berape bulan je dah 2 tahun dah
makna nya dah 2 tahun juga berat badan aku tang tu juge

kronologi nya;
di awal alam perkahwinan berat aku dalam 50kg - 52kg
selalu nya dan jarang sekali lebih dari itu
dan pada aku, itu sudah okay untuk aku
kemudian di pertengahan kehamilan aku berat naik mendadak
pernah sekali tu aku naik 6kg untuk sebulan
sampaikan doktor bising
dia takot aku ada kencing manis
dan aku kene minum air gula yang teramat la seksa untuk ditelan
dan di hujung kehamilan; berat aku cecah 82.5kg
huwaaaaaarghhhhhh
kalau ikot kan semasa hamil cuma 15-20kg saja kenaikan berat badan
tapi kena kat aku, amek kau...30 kg naik
gile hape? tu lah bahana makan tak ingat ingat
ikot tekak je. tak penah pikir macam mana nanti nak kurus kan semula
haaihhh .. andai dapat ku putar waktu
:(

saket juga telinga bila orang asek sindir
"kau pregnant ke?"
kalau lelaki tu aku malas sangat nak pikir

sebab sesetengah diorang ni memang bermulut longkang
tapi yang aku hangin bila yang sound tu perempuan
alloooo kawan, jaga sikit la hati orang lain
tak tahu ke ?
mentang kau belum mengandung; mentang kau masih slim
tak payah la nak sindir sindir orang
sebab kau tak kan rasa macam mana down nye aku;
tiap kali kau sindir macam tu
kau tak kan rasa macam mana kadang;
aku rasa takot nak makan
kau tak kan rasa macam mana kadang kadang;
rasa sedih yang teramat bila satu baju pon kau tak muat
kau tak kan rasa macam mana bila kau tenung cermin lama lama;
dan kau tak nampak pon diri kau
dan kau tak kan rasa betapa rendah nya diri walau kau di sebelah suami kau
jadi; jangan berlagak sangat macam;
kau akan kurus seumur hidup kau
macam kau akan kekal begitu sampai kau mati

lagi pon kau ingat aku suka ke gemok macam ni?
kau ingat aku tak berusaha ke?
kau ingat aku tak semput ke tiap kali pakai korset ni?
semata untuk nampak kurus
semata untuk nampak cantik
boleh la cakap; lantak la orang nak cakap apa
masalah nya; sepanjang hidup kita ni akan jumpa dengan orang
nak tak nak, suka atau tidak, kau kene dengar orang cakap
so please la
sila jaga hati orang sekeliling
kau tak kan tahu apa jadi dengan kau nanti
aku cuma berharap aku di sayang oleh suami aku sampai mati
dan aku tak kan pernah berhenti untuk usaha menurunkan berat badan aku
sebab kalau bukan untuk suami aku pon;
ini memang untuk aku sendiri
sungguh aku tak selesa dengan keadaan sekarang
insyallah; aku akan cuba untuk kurus lagi
^-^


_____________________________________

sebagai permulaan, aku beli tali skipping
semangat untuk mengecil kan peha
hihihihihih


video



tapi..korang tengok aryan
bukan maen dia gelak kan aku
macam mana mummy nak exercise ni aryaaaaaaaaaaannn ??/
sebab kalau aryan gelak, mummy pon gelak sama
hahahhahahahaha

5 comments:

e!ya said...

hahahaha aryan sunggoh kelakar..agaknyer apa yg dia pikir bila tgk ko exercise g2...ke dia ingt ko maw main kejar dgn dia hehehe..go cha go ko leh kurus..cume take time okeh..

(o_0) said...

hahahha gelak ka aku sbb xdpt tgk aryan gelak kan ko.. :-<

smlm aku lpk umah akak ipar aku ada la bc majalah wanita ada petua nk buang lemak.. n aku cr blk kat gugel..

Sediakan 4 potong halia bara (halia merah), sedkit jintan manis dan 3 biji lada hitam dan kesemuanya ditumbuk halus. Bahan yang telah ditumbuk ini kemudiannya direndam kedalam segelas air suam selama satu jam. Tapis dan ambil airnya untuk diminum. Amalkan meminum air ini setengah gelas pagi dan setengah gelas waktu petang. Insya Allah berat badan anda akan berkurangan. Ada bran??

jom kita try.. tp aku xknl halia bara tu cane ..erk!!

(o_0) said...

aku gugel sini td http://darikoleksiangahrohani.blogspot.com/2010/12/membuang-lemak-badan-yang-berlebihan.html

-icha03- said...

aya
tu la pasal
dia gelak mmg gelak mcm kelaka sgt
mengekek-ngekek tau
geram aku..
hahahaha
agak nye dia ckp
"tebiat ape la mak aku ni"
hahahah

sedang usaha ni aya..
fuh fuh fuh

chem
perrghhhh ...
halia bara?
halia tua ke?
adoiihh
dah jumpa bg tau aku

ko tak leh view?
ape la TM ni..
huh..!!!

Ella debab said...

agagagaagaa.....sekian terima kasih =))