October 1, 2011

:: tabah lah, sayang ::



untuk seseorang; hari ini adalah hari nya
bukan hari yang kau tunggu tunggu; aku tahu
tapi sekurang-kurangnya; dia sedia untuk tamatkan penantian kau
dari diam tiada suara, di tanya tapi membisu

tidak apa lah kalau dia memang bukan jodoh kau
tidak apa lah kalau dia tercipta bukan untuk kau
tidak apa lah kalau kau rasa rugi sungguh memadu kasih bertahun;
andai kau tahu hujung nya begini
pada hal, hanya selangkah saja lagi
setapak saja lagi

macam yang selalu aku ulang dengan kau
insyallah tuhan itu punya cerita lebih manis untuk kau
mungkin tuhan ade jodoh yang lebih baik untuk kau
tuhan itu maha mengetahui dengan apa yang Dia tentukan
sangka baik lah. pikir yang baik baik saja

mungkin. mungkin kau tak kan boleh untuk lupa dia
sebab, macam mane pon dia, dia pernah singgah kat hati kau
dah jadi tatoo dah, tak boleh kikis
kau tak perlu cuba untuk lupa dia
sebab bila kau cuba, kau makin ingat dia
kau ikhlas saja la
sebab bila kau ikhlas, pelan pelan hati kau tak kan pikir dah pasal dia
ye?

aku tak nak coret banyak banyak sebab nanti kau boring
sebab ayat yang sama je pon
cuma satu; tolong kuat
keluarga selalu ada
sentiasa ada untuk kau

aku sayang kau
selalu
^-^

3 comments:

janna said...

aku pon da xtao nk ckp ape.mgkin ko pon akan boring.cume yg xkan henti time kasey byk2.time kasey.aku cube tok kuat.mesti kuat.sayang ko wehhh :)

Anonymous said...

aku pun akan cube gak utk kuat.. haiihhh..

Ella debab said...

haihhh...