August 30, 2012

:: sharing is caring ::




aku tidak pasti ini benar atau tidak
hanya ingin kongsi dengan kalian
"perbualan seorang bayi sebelum dilahirkan"





_________________________________________

Adalah dikisahkan
pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata

Bayi itu bertanya kepada Tuhan;
"Para malaikat disini mengatakan bahawa esok,
 Engkau akan mengirim saya ke dunia.
Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana?
saya begitu kecil dan lemah"

Jawab Tuhan;
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu
Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya"

Bayi bertanya lagi kepada Tuhan;
"Tetapi di sini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan
hanyalah bermain, bernyanyi dan tertawa
ini sudah cukup bagi saya untuk bahagia"

Jawab Tuhan;
"Malaikat mu nanti akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya
dan kamu akan menjadi lebih bahagia di sana"

Bayi bertanya kepada Tuhan;
"Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang bercakap dengan saya
sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka"

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah
Dengan penuh kesabaran dan perhatian
Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata"

Tanya bayi lagi;
"Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya
ingin berbicara kepadaMu"

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu akan mengajarmu bagaimana cara
kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu"

Tanya bayi;
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat
Siapa yang akan melindungi saya nanti?"

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu lah yang akan melindungimu
walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya"

Tanya bayi lagi;
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih
 kerana tidak lagi dapat melihatMu."

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku
dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Dari sang bayi bertanya perlahan;
"Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang
bolehkah Kamu khabarkan kepadaku
apakah nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?"

Jawab Tuhan;
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu "IBU"
maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya
menghargai setiap pengorbanannya
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa
Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang gantinya
dunia mahupun akhirat"



Dan untuk para ibu,
ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
dengan setiap karenah anak anak mu yang sedang membesar
Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kakimu

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara;

1. Wajahmu dengan linangan airmata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu

insyallah
^-^
dan, jangan di lupa juga
pada pendapat aku seorang bapa juga
adalah malaikat
bagi si kecil
betul tak?

________________________________________

kandungan aku sudah 22 minggu sekarang
dan mungkin beginilah dia;
dan oh ye, minggu lepas ada scan di KL
berat baby sudah 413g
dan juga, jantinanya tidak nampak
sembunyi agaknya
tak perlu tahu kot, sebab biar surprise
hik hik hik...



" Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram
dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit
dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus,
sebab lemak bayinya belum datang lagi. 
Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, 
kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. 
Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk,
 walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap.
 Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, 
tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi.
 Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 

Anda mungkin telah bertambah berat badan 
antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. 
Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, 
dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu.
 Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu

Video meninjau kehamilan: 
Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini

sila lihat video tu
comel sangat
hik hik hik
___________________________________________





August 28, 2012

:: hari raya - 2012 ::




okay. card reader dah boleh guna
jadi, baru lah boleh update
sebab if aku update tanpa pic macam tak complete
hik hik hik

macam yang aku dah beritahu
tahun ni beraya di Johor Bahru a.k.a rumah parents aku
semua nya berjalan lancar
makan macam lepas geram
entah aku dapat control berat badan ke tidak
aku tawakal saja lah
sessi bermaafan tidak begitu menyentuh hati macam yang sudah
mungkin sebab aku baru bedal aryan
sebab mengamuk tak tentu pasal
sudah lah aku ni semput semput
orang tengah sibuk nak bergambar dia mengamuk
haaaa.. memang kena lah dengan aku kan?
aku memang manja kan dia, tapi bila ada part yang rasa perlu garang
memang siap lah kau, anak
aku pukul biar dia tahu sikap dia tu salah
tapi masa tu memang sedih sebab dia sedu sedu masa aku tanya,
"sakit ke mummy pukul?"
sambil sedu sedu dia peluk aku dan cium aku
ah..sedih pulak masa tu
tapi aku cakap dia elok elok
pujuk dia
then dia okay lah. dah boleh senyum dan gelak lebar

:: ini sebahagian moment yang dapat di snap masa hari itu ::








kemudian raya kedua kami gerak ke Kuala Lumpur
dari stesyen bas larkin :: 1.30 pm
kalau ikut pengalaman, selalu nya pukul 5.30 sudah sampai KL
tapi mungkin sebab orang semua sibuk nak beraya
kami jumpa 3 kali jem yang sangat rabak
pertama di exit Kulai. kemudian di exit Muar dan exit Seremban
dan menyebabkan kami sampai KL jam 8.00 pm
bontot sakit. pinggang sakit
nasib si anak bujang tak buat perangai
terlalu obses dengan lori dan bas
memang kecoh mulut dia. diam hanya bila tidur

sampai saje KL terus ke Flet sri Kota untuk amek kereta
tapi aku singgah rumah dulu, 
amek baju dan incik suami pergi cari pampers aryan
jejak je kaki di rumah
airmata jatuh tak henti henti
rasa rindu sangat dengan rumah
plus, rasa diri loser sangat sebab tinggal kan suami seorang2
entah macam mana rasa sunyi dia
aku dapat rasa
tapi apa yang aku rasa tak kan sama dengan dia rasa
sebab yang hadap nya dia, bukan aku
haaihhh

dalam pukul 9 lebih terus gerak ke batang kali
sampai2 terus hadap bakso buatan cik kakde
sedap. (dah memang aku hantu bakso..kan?)
letih sangat badan
tak borak banyak pon
tahu rasa nak baring saje
pinggang rasa nak patah

aku di KL dari raya kedua tu sampai raya ke-empat
hari jumaat tu aku gerak ke flet
tidur sana sebab raye ke-lima (sabtu) mahu pulang ke JB
plus. aku mahu cari baju2 lama aryan
yang mana masih elok boleh adik dia pakai
jangan membazir la kan

esok nya (sabtu) cik chem sudi untuk hantar kami ke stesyen bas
jadinya, pukul 9 pagi dia sudah sampai
gerak ke TBS dan sarapan pagi di sana
bas kami gerak 10.30 pagi
memang ngam ngam la
Alhamdulillah, syukur
perjalanan sangat lancar
ngam 4 jam kami sampai JB
again, aryan sangat behave dalam bas
^-^

:: ini sedikit kenangan yang sempat di snap di KL ::












kalian?
seronok ke beraye?
mesti makan banyak.
kan kan kan ?
share la yeeee
^-^

August 17, 2012

:: selamat hari raya ::




hari terakhir bekerja sebelum menyambut hari raya
macam mana keadaan lalulintas korang?
kat JB dah clear dah pagi ni
aku gerak dari rumah lambat pon still sampai on time
siap singgah isi minyak. topup kad touch n go
borak dengan pakcik pam minyak
pergi withdraw gaji yang masuk separuh tu
bawak kereta teramat la slow sebab badan tak berapa sihat

penangan baut kuih 3 hari berturut-turut agaknya
mata dah berair. tekak dah sakit. batuk batuk
kepala ting tong. bersin tanpa henti
tapi tak nak makan apa apa ubat
cuma makan spirulina dan acid folic pagi tadi macam biasa
rasa macam perut mulas mulas nak muntah
tapi berharap moga boleh bertahan sampai berbuka
sayang nak batalkan puasa
tapi tekak kering minta di isi air
oh. tabah lah

oh ye..semalam misi buat biskut terakhir
choclat chip ala ala famos amos
hahahahha
mula mula agak gelabah
sebab tengok dalam oven biskut mengembang tak pasal
tapi hati tak jadi runsing sebab
kata myn biskut tu memang akan mengembang masa bakar
 lepas 20 minit bakar, keluarkan still macam lembik
biar dulu lama sikit sampai sejuk
tengok apa jadi
agak dah sejuk try amek satu
ermmmmmm .... niceeeeeeeeeee
(ala-ala aryan nye dialog)
  rupenye memang kene tunggu sejuk baru keras
dan memang sedap la
sedap sikit dari chipsmore
hahahahahh
tapi nak cakap sedap sikit dari famos amos tak berani laa
hahahahahah


ini hasil nya
^-^

_______________________________________________

ramai dah cuti ke?
aku cuti seminggu next week
insyallah raya kedua gerak ke KL
sabtu atau ahad pulang semule ke JB
naik bas
ohh .. moga tiada rasa mau kincing2 la sepanjang perjalanan
risau aku
huk huk huk
incik suami pulang JB esok

ermmm
oke lah....
tak payah cerita panjang panjang
cuma nak wish

"SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN"

kirenya ada salah & silap
sepanjang coretan aku di sini
harap di maafkan
kadang bercerita tidak sedar dan tanpa sengaja
jaga diri
semoga selamat semuanya
semoga berjumpa lagi di entry
yang aku pon tak tahu bila akan mula
hahahahahah

TAKE CARE ALL




*nantikan pic terbaru kami merah sedondon*
hahahahahah
^-^

August 16, 2012

:: biskut oh biskut ::




dah masuk tahun ke-4 beraya bersama suami
tapi tak pernah pon terpikir nak buat biskut raya
untuk pengetahuan,
keluarga aku memang dah lama tinggalkan tradisi membakar kuih raya ni
sampai tak ingat dah berapa tahun
apa yang aku ingat
aku pernah tolong kakak2 aku bakar biskut
masa tu pon aku sekolah rendah lagi
fuhh .. dah berpuluh tahun dah

entah mana datang semangat, tahun ni nak buat
sebenarnya takde niat nak buat banyak
hanya pikir sebab tahun ni suami beraya di JB
kasihankan dia
sebab, dah macam benda wajib untuk dia
hari raya nak kena ada biskut sarang semut & mazola
sumpah. tak pernah buat kuih
lagi lagi kuih tradisional. susah sikit
pukul sampai kembang lah. apa lah
hik hik hik

untuk biskut mazola, aku mintak resepi kat kakde
sebab takot tak sama dengan yang aku google
untuk biskut sarang semut aku google
sebab aku rasa, semua sama kot
aku pernah tolong kakde buat biskut sarang semut,
so aku boleh bayangkan texture n keadaan adunan tu
tak menjadi masalah sangat lah
cuma nya, untuk mazola tu agak membimbangkan la
sebab, takde sukatan yang betul betul
kakde suruh agak agak dan minyak pon agak agak
plus, aku tak pernah rasa texture adunan tu
jadinya, untuk mazola aku main bedal..!!
berpandukan cara cara yang kakde bagi tu

kelmarin; aku buat sarang semut
semalam; aku buat mazola
fuuhhhhhh
letih la siot
walaupon di bantu kakak & anak sedara
tapi tetap rasa letih tu....
sebab dengan keadaan diri ku ini
pinggang cepat sakit
plus, pernafasan aku macam tak berapa lancar
tu yang letih tu
tapi memang aku buat satu adunan je
memang tak lah nak return 
alhamdulillah..dua dua nye jadi
yang aku rasa confirm jadi biskut sarang semut
untuk mazola aku tak berapa pasti
biarlah nanti incik suami rasa
tapi aku awal awal dah bagitahu
jangan expect yang biskut aku buat sesedap resepi mak mertuaku
hik hik hik
mane boleh lawan otai kan
jadinya, moge dia makan tu ada lah rasa juga

biskut sarang semut


biskut mazola


last one, malam ni
nak buat choc chip
tu memang kena buat sebab aku dah beli bahan
mahal pula
tak boleh tak buat
membazir je nanti

haaihhh ... baru tahu lah susah senang orang berniaga biskut raya
heran aku..
sanggup diorg buat beribu-ribu bijik gitu
aduuhhhhhhhhh
memang tak lah aku nak buat...
salute kat diorg lah..!!!

esok malam dah nak mengemas rumah
luar/dalam/anjung belum di kemas
sabtu dah mula memasak
arrgghhhh .... penat nyaaaa
moge dapat berpuasa hingga ke hujung
moge hanya ponteng sehari untuk tahun ini
insyallah. insyallah

dalam sibuk sibuk buat persiapan ni
tiba tiba hati sayu
dah dua tahun beraya di rumah orang
entah bila nak beraya di rumah sendiri
maksud aku, buat persiapan di rumah sendiri
haiih .. rindu masa awal awal kahwin
cari barang kat downtown
beli karpet buluh tu
suruh kakak buat langsir
paling tak boleh lupa, packing kerepek
sebab masa tu tak kerja, jadi boleh la dapat duit tepi
susah..senang..sedih..gembira.. haih..macam macam
moga ini tahun terakhir. moga moga
moga tahun depan dan akan datang sibuk di rumah sendiri
insyallah
^-^

kalian? dah selesai?

August 15, 2012

:: kembali gemuk ::




aku rasa, benda pertama yang setiap perempuan akan fikir
bila disahkan mengandung ialah
ermm ... "habislah bentuk fizikal kita akan berubah"
tak banyak, sikit mesti berubah punyeee
masa mula mula aku ngandungkan aryan
itu juga adalah benda pertama yang aku fikir
lagi lagi masa tu baru sebulan melayari alam perkahwinan
sekelip mata fizikal berubah
sekelip mata semua berubah
lupakan baju baju masa bujang
lupakan seluar seluar yang kecil size nya
lupakan lupakan lupakan

masa aku kahwin, berat aku hanya 50kg
dan aku dah selesa dengan bentuk badan aku
plus, incik suami juga suka
ngam ngam 9 bulan lebih aku mengandungkan aryan
berat aku naik mendadak cecah 82.5kg
bravooooooooooo...!!!
ape aku rasa? ermm..kecewa dengan diri sendiri
sebab aku makan tak kira apa
alasan; mengandung...!!!
suami aku pulak jenis tak kesah untuk makan
(hanya bila mengandung lah)
dia akan layan segala jenis makanan yang aku nak
berat yang dibenarkan untuk naik (ketika hamil) hanyalah 10kg - 15kg
tapi..aku?? 32.5kg???
gile ke???

lepas aku bersalin, berat aku turun banyak juga
dalam 2+ kg gitu
dan sepanjang lebih kurang 2 tahun lepas bersalin
aku hidup dengan berat badan
yang tak lari lari dengan angka "6" di hadapannya
sedih. benci. kecewa
pernah juga aku turun berat badan sebab masa tu aku BF
aku berjaya sarung balik jeans topshop aku
(guna ukuran jeans ini sebab itu size yang paling kecil + skinny = 25)
tapi berat aku macam yoyo
kejap naik kejap turun
aku fedap
pernah aku ngadap depan cermin
dan marah marah dekat muka sendiri
sebab benci betol tengok..!!!
(saiko!!!)

sampai lah masa aku kerja di JB
dan kembali aktif berinternet
google sana..google sini
dan aku jumpa kaedah diet atkins
aku jenis yang gigih sebenarnya untuk capai berat ideal
aku cuba untuk 2 bulan lebih
dan aku memang berjaya
buktinya, aku berjaya sarung semule jeans topshop aku
seronok beb!!! sebab usaha kita berhasil
tapi itulah. tak lama
sebabnya, aku disahkan hamil lagi
hahahahahhahahah
pernah juga orang cakap, "penat2 diet last2 ngandung lagi"
kaannn ??
but its okay
sekurang-kurang nya aku sudah tahu cara nya

dan untuk yang kali ini
aku cuba untuk beragak-agak bab makan
tapi tak ada lah sampai aku sekat makan aku
mungkin akan cuba untuk kurang kan
macam aku cakap, sekarang aku 66kg
dan sekarang aku hamil 5 bulan
aku punya lagi 4 bulan lebih untuk melahirkan
purata, aku letak sebulan aku naik 2kg
(lagi kurang lagi bagus)
jadi aku berharap by the time, berat aku tidak lebih dari 70-75kg
aku harap. laahh

aku juga janji dalam diri
yang aku akan cuba jaga badan masa berpantang
dan semestinya diet atkins tidak dibenarkan
sebab aku mahu menyusu badan sepenuhnya
dan atkins diharamkan untuk ibu yang menyusu badan
mungkin aku lebih menjaga pemakanan. kot
sebab kalau aku kurangkan makan, macam mana nak menyusu badan?
kaannnn ??
tapi aku percaya, lebih banyak kau menyusu badan
lebih banyak berat badan kau turun
insyallah

aku sekarang, sedang mencari cari petua
atau corak pemakanan ketika berpantang
yang sihat dan tidak menggemukkan
dan kalau ada rezeki aku bersalin normal
boleh lah aku pakai korset ketat ketat
hahahahahahha
kalau korang ada tips
mari share!!!
^-^

_____________________________________

:: kronologi ::

masa kahwin - 2009 

lepas kahwin  - 2009

masa kandungan 8 bulan - 2010

lepas bersalin - mac 2010

hari raya - 2010
(kurus sebab aktif BF)

aryan setahun - mac 2011
(naik semula sebab dah kurang BF)

tak ingat - tapi 2011

pon tak ingat - still 2011

ini juga - 2011


:: selepas diet atkins ::
(oct 2011 - awal mar 2012)




 semoga berjaya kurus kembali
lepas bersalin yang kedua ini
insyallah

jadi
mari lah share ye
if ada tips apa apa
masa berpantang
^-^

August 13, 2012

:: rahsia ::




"rahsia ini... telah lama aku pendam kan
tiba masa nya..segala-galanya
ku cerita kan"

_______________________________

ewaaahhh ...
menyanyi pulak...
senang hati nampak..
hik hik hik .... 

ermm ... 
aku nak kongsi cerita
cerita gembira
tak tahu macam mana nak mula

okay.
aku mengandung
^-^
_______________________________

cerita bermula macam ni;
dalam pertengahan bulan mac gitu
aku macam rasa lain 
muntah2 pening2 tu takde
tapi perubahan pada badan
korang pon tahu kan, aku diet atkins
dan aku tak pernah pon fail
tapi pada pertengahan mac gitu
aku perasan, aku tak boleh control makan
setiap kali aku nk buat atkins, aku fail
perot aku buncit. even aku pakai korset, tetap nampak
aku pernah tumbuk tumbuk perot aku sebab geram
kenape macam ni? 
sebab since aku buat atkins, perot aku da tak buncit sangat
aku makin risau sebab bulan april nanti kan aku nak pegi sabah
memang aku dah aim, masa tu nanti aku dah slim la
tapi aku memang tak boleh buat atkins tu
tension!!
dan aku ke sabah dengan sedikit berisi
(kalau korang perasan lah)

balik je dari sabah, seminggu lepas tu
aku travel lagi ke KL
yang aku bercuti-cuti ke genting tu
haaaaa..masa tu lah...
seriusly, masa tu aku dah rasa aku pregnant
sebab; aku rasa comot sangat
plus, period aku tak datang datang
lepas tu, aku malas sikit nak bergambar
(kalau korang perasan, aku tak upload pon pic kat genting)
sebab memang comot betol
dan sebelum sebelum tu, aryan suka sangat cium perot aku
nak tidur mesti kat atas perot aku
nak tidur mesti pelok perot aku

masa kat KL tu juga, aku pergi wat check up
1st aku pergi klinik di batang kali
tapi x clear
tapi doktor cakap memang aku pregnant
kemudiannya, 1 may aku pergi check up lagi
dan kali ni memang confirm
aku pregnant

dan ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3
(2may)
dapat baby??
apa kau rasa??
huhuhu

perasaan aku? masa tuh?
aku tak tahu nak cakap macam mana
yang penting nya, aku jauh dengan suami
aku rasa macam susah sangat nanti
kemudian, aku pikir macam mana aku nak travel ke kl
berdua dengan aryan dengan perot memboyot
kemudiannya, aku sebak tengok aryan
aku rasa macam aku belum puas bagi kasih sayang aku kat aryan
aku rasa bersalah kat dia
aku macam belom kongsi kasih sayang dengan orang lain

orang pertama aku bagi tau; Chem
aku cerita segala resah aku
segala gundah aku
aku tumpah kan segala
dan aku tahu, dia tak kan pernah gagal untuk reda kan hati aku
segala macam kata kata dia beri
dari awal berborak aku nanges,
hingga lah hujung nya aku tersenyum

sebab aku percaya, bukan aku seorang yang begini
ada juga rakan yang lain yang seorang2 tanpa suami
semua pon oke saja
dan aku anggap ini cabaran untuk aku
kuat kah aku? tabah kah aku? berjaya kah aku?

dari awal kehamilan dan hingga kini
aku rasa oke
dan aku rasa aku enjoy kehamilan aku
(walau kadang ada mengeluh. normal la kan?)
banyak benda yang tak best masa aku ngandung kan aryan,
tidak ada kali ini

pertamanya
kalau dulu aku tiap tiap hari nanges balik kerja
(sebab tekanan kerja)
dan aku tersangat lah sensitif
tapi kali ini tiada
mungkin juga sebab tekanan kerja kurang di sini
dan aku memang tidak begitu sensitif
ada juga kadang sensitif sedikit
kadang kadang aku anggap itu normal
emosi orang mengandung tidak stabil

keduanya
aku harus berdikari
aku perlu drive hingga di hujung kehamilan aku nanti
bukan dekat. jauh. hari hari
dan aku cuma berharap satu
semoga kaki aku tidak bengkak awal2 ini
dan moge tidak bengkak langsung
sebab kalau ikot pengalaman dulu, kaki aku bengkak terok
sebab itu, dari awal2 ini aku sudah letak kotak di bawah meja
kalau dulu, semua harap kan suami
sikit sikit nanges, sikit sikit nanges
hahahahaha

ketiganya
aku kurang mengidam
dulu pon takde
tapi aku rasa, dulu tu more to ngada ngada kot
sekarang ni xde la sangat
kalau apa aku rasa nak makan, aku beli je lah
cuma ade sekali hari tu
tiba tiba aku nanges sebab aku tak jumpa karipap telur
aku teringin betol
alhamdulillah, esok nya anak sedara aku beli kan
hilang dah rasa sedih
terlebih-lebih sedih sebab teringat kan suami
kalau dulu, semua nya suami cari kan sampai dapat
-_-

keempatnya
aku gagah berpuasa
bukan nak meninggi diri, tapi aku bangga dengan diri aku
sampai ke hari ini, ramadan ke-24
aku baru ponteng sehari puasa
kalau dulu, jangan harap lah..
asek lapar. lapar. lapar
siap makan dekat cafe TM nuunnn
hahahahahahahah

sampai ke hari ini
takde lah aku rasa susah menjalani hidup ni sorang sorang
incik suami pon rajin datang almost every week
dan dia pon rajen tanya kabar dan beri kata semangat
aryan pon masa mula2 mengandung je selalu buat perangai
sekarang dah tak
alhamdulillah, nampak macam dia sayang adik dia
hari hari, tiap masa, mesti cium perot aku
aku cakap "dalam sini ade baby.. ade adek aryan"
aryan tak pernah timbul kan masalah pon
cuma kadang2 ade juga la rasa tension
bohong lah kalau takde, aku pon bukan kuat sangat
tapi aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga
diorang lah yang selalu ingat kan aku
"aryan tu nak dapat adek..biasa lah buat perangai"
aku selalu kuatkan hati untuk tak marah2 dia
sekarang, aku selalu rajinkan diri untuk pelok dia
aku taknak dia rasa kurang langsung dengan kasih sayang aku
kalau daddy dia ade, aku tak kesah sangat
atleast, kami boleh berbagi-bagi

persiapan?
masih belom ada apa apa
baju baju aryan yang lama banyak yang masih boleh pakai
cuma perlu di kemas dan di bawa pulang ke JB
lain lain masih belum
nanti lah lepas raya
aku sendiri pon belum cari baju maternity
naseb baik aku rajin beli dress lately
seluar pon banyak dah tak muat
arghhhhh 
sekarang. berat aku 66kg
boleh imagine tak badan aku macam mane sekarang ?
hahahahah
okee...
sile layan...
^-^










:: ini hari ini ::



kau rasa, berapa usia kehamilan aku sekarang
it's 20 weeks @ 5  months
dan due aku insyallah hujung december (30.12.2012)
tapi aku berharap aku bersalin 2013

sekejap saja masa berlalu
maaf, baru bercerita
bukan tidak mahu berkongsi
cuma belum masa, sebab aku memang tunggu usia 5 bulan
dan hari ini lah harinya
jangan kecil hati jangan merajuk hati
sebab aku sayang kalian
aku tetap mahu kongsi dengan kalian

nak boy or girl?
jujur, aku sedikit berharap baby girl
kalau kau tanya ada beza tak?
entah. aku sendiri tidak perasan
kalau orang kate, 
tidur mengiring ke kanan itu more to baby girl
tapi aku, dua-dua belah aku ngiring
kalau dulu, memang aku perasan aku tidur mengiring ke kiri
jadi, aku rasa macam takde beza apa sangat
lebih kurang je
kadang aku comot, kadang aku rasa perlu berhias

tapi jujur juga, aku tidak kesah jika di beri lelaki. sungguh
sebab, pengalaman menjaga anak lelaki hampir 3 tahun ini,
tak pernah pon menyusahkan aku
tak kesah lah apa yang tuhan mahu beri
yang penting,
anak aku itu nanti molek rupa parasnya
cukup sifatnya, cergas mindanya
sihat akal fikiran, badan dan fizikalnya
doakan yang baik baik untuk dia ye?
untuk aku juge

*pic lagi banyak sebenarnya
tapi semua sudah lebur di sd card tu
huhuhuh 
-_-

____________________________________

(maaf entry agak panjang)
hik hik hik

August 10, 2012

:: stupid statement ::





berani sangat bagi statement
haaaa..
pe cite sekarang bro?
kasi potong laaaaaaaaaaaaaa...
hahaahahahahhaha







ape pon
tahniah pandalela
pingat pertama dari atlit wanita sejak dulu kala
hik hik hik
^-^



____________________________


:: UPDATE ::


oke.
dia dah minta maaf
kita maaf kan saje la ye
^-^

August 9, 2012

:: aryan - raya ::






alhamdulillah
cun
walaupun, masa mula mula dapat
aku agak cuak
sebab tengok macam besar sangat
dan macam panjang sangat
tapi bila try kan kat aryan
fuuhhhhhhh
nice nice laaaa
dan boleh pakai lama tuh
sebab panjang dan pinggang nya adjustable
sampai dia tinggi kang, masih boleh pakai laahh
biar lama lama biar jadi lusuh


cukup lah ini untuk aryan
bukan ada pegi mana mana pon
daddy pon tak cuti
huk huk huk
tengok lah siapa yang sudi bawak kami jalan jalan nanti
ewaaaaaahhh ... 
^-^

*mummy punya dress
tak payah la tunjuk 
hik hik hik
dah cun da tu
muahahahahhahahahahahaaaa