August 17, 2012

:: selamat hari raya ::




hari terakhir bekerja sebelum menyambut hari raya
macam mana keadaan lalulintas korang?
kat JB dah clear dah pagi ni
aku gerak dari rumah lambat pon still sampai on time
siap singgah isi minyak. topup kad touch n go
borak dengan pakcik pam minyak
pergi withdraw gaji yang masuk separuh tu
bawak kereta teramat la slow sebab badan tak berapa sihat

penangan baut kuih 3 hari berturut-turut agaknya
mata dah berair. tekak dah sakit. batuk batuk
kepala ting tong. bersin tanpa henti
tapi tak nak makan apa apa ubat
cuma makan spirulina dan acid folic pagi tadi macam biasa
rasa macam perut mulas mulas nak muntah
tapi berharap moga boleh bertahan sampai berbuka
sayang nak batalkan puasa
tapi tekak kering minta di isi air
oh. tabah lah

oh ye..semalam misi buat biskut terakhir
choclat chip ala ala famos amos
hahahahha
mula mula agak gelabah
sebab tengok dalam oven biskut mengembang tak pasal
tapi hati tak jadi runsing sebab
kata myn biskut tu memang akan mengembang masa bakar
 lepas 20 minit bakar, keluarkan still macam lembik
biar dulu lama sikit sampai sejuk
tengok apa jadi
agak dah sejuk try amek satu
ermmmmmm .... niceeeeeeeeeee
(ala-ala aryan nye dialog)
  rupenye memang kene tunggu sejuk baru keras
dan memang sedap la
sedap sikit dari chipsmore
hahahahahh
tapi nak cakap sedap sikit dari famos amos tak berani laa
hahahahahah


ini hasil nya
^-^

_______________________________________________

ramai dah cuti ke?
aku cuti seminggu next week
insyallah raya kedua gerak ke KL
sabtu atau ahad pulang semule ke JB
naik bas
ohh .. moga tiada rasa mau kincing2 la sepanjang perjalanan
risau aku
huk huk huk
incik suami pulang JB esok

ermmm
oke lah....
tak payah cerita panjang panjang
cuma nak wish

"SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN"

kirenya ada salah & silap
sepanjang coretan aku di sini
harap di maafkan
kadang bercerita tidak sedar dan tanpa sengaja
jaga diri
semoga selamat semuanya
semoga berjumpa lagi di entry
yang aku pon tak tahu bila akan mula
hahahahahah

TAKE CARE ALL




*nantikan pic terbaru kami merah sedondon*
hahahahahah
^-^

4 comments:

annapeje said...

SEDAP NYERRRRRRRRR NASIB JAUH KALO DEKAT DAH DATANG SERBU NK MAKAN KUIH RAYA HEHEHE

.::WaNiE::. said...

selamat hari raya icha

maaf zahir & batin

take care of urself during raya nanti

Emynz said...

Sedap dari famos amos sbb chewy :d hahha sesuka je an, selamat ari raya beb, take care

Es hash ei Ka Ei en said...

nak beli ovennnnn

cha bak resepi min tu pulak..

hahahaa