November 8, 2011

:: dunia blogging ::



beberapa hari lepas
(ewah..ayat bukan main puitis)
aku ada baca balik entry entry aku yang lama
dari awal aku berblogging - 2007
tak sangka dah 4 tahun juga aku ber-blogging
seronok baca sambil senyum sorang sorang
macam macam cerita ada
hahahahah

seronok betol sebab masa tu la jumpa ramai kawan
kawan kawan yang memang kenal dari blog
dan ada juga yang kenal di tempat lain,
tapi jadi makin rapat melalu blogging
rasa terharu
dan bila kira kira
ada tu aku dah kenal lebih kurang 3 tahun
tak sangka hubungan tidak terputus
kan dyana ?
dan contoh lain macam si wanie pada hal kenal dulu di ♥VF
tapi jarang pula nak berborak
dan tak sangka boleh baik bila jumpa di blog
boleh pula jadi peneman cerita bagai
hahahahahha
dan lain nya; di ruang blogging ini juga aku kenal fynnjamal
dari dia biasa biasa sampai kini sudah punya ramai penggemar
dan oh ye, di sini juga aku jadi semakin rapat dengan ciki
berkongsi rasa, suka & duka
ah. terlalu banyak rahsia kita. kan ciki?
juga rakan rakan blog yang on off
kejap macam semangat nak aktif
kejap macam semangat dah luntur
contoh macam Chi dan Chem,
hahahahahah

"ini pesanan untuk kawan kawan yang dah lama tak update"



ada juga yang tiba tiba hilang tanpa jejak
kalau dulu rajin mengupdate
tapi sekarang terus senyap tanpa kabar
mungkin tiada masa untuk kemaskini
atau mungkin sudah tidak mahu berkongsi
kadang kadang rasa kecewa bile klik di link kawan kawan lama
tapi sudah bertahun tiada cerita terbaru
kadang tu memang nampak di FB
tapi pada aku di blog ini lagi seronok


dan aku juga perasan
aku semakin ramai hilang kawan di dunia blog ini
contoh kau lihat; sudah tidak ramai orang komen di blog aku
(kalau dulu; ramai saja yang meg'komen")
mungkin. ini mengikut firasat aku
hahahah
mungkin sebab lepas aku kahwin - pindah KL - kerja baru - tak update
haaa..begitu lah kronologi nya
kalau kalian perasan sepanjang tahun 2009; hanya 59 entry saje aku post
masa itu aku kerja di Accenture
dan rutin kerja di situ memang langsung tak mengizinkan aku berinternet
teramat sibuk
dan kemudian nya sepanjang tahun 2010; hanya 13 entry saja aku post
ini sebab; mula feb 2010 aku berhenti kerja
kemudian aku melahirkan aryan
dan tak bekerja selama lebih kurang 8 bulan
dan pasti nya, sepanjang tempoh di rumah
jangan harap la mahu jumpa internet. kan?
kemudian kembali bekerja pada october
haaihh .. rasa sedih bila lihat blog tidak berupdate
dan aku rasa, sebab itu lah kawan kawan di blog pon semakin menghilang
but its okay, kawan datang dan pergi
yang penting kalian sihat sihat saja. ye?

dan pada kalian yang dulu pernah singgah di ruang ini
terima kasih
sebab memori tu tak kan padam dari hati aku
aku sayang kalian
^-^

7 comments:

budakpemalas said...

ya ampun dah 3 thn ek kita kenal.. rasa mcm baru je kenal, main balas2 komen. hehe~

tak ingat camne leh termasuk, termelekat dan terikat kat blog icha ni. ;)

terharu.
terima kasih icha atas persahabatan ni :)

-icha03- said...

hik hik hik ...
sampai dah nak naek pelamin dah dia
auuuwww...
tak sabar...!!!
<3

Anonymous said...

status : merajok
sebab : name xder

yang benar,

pembaca setia. Fak!

e!ya said...

aku maw mogok gak..nama aku xd'sebut arghhh tensen giler hahahahaa....

mogok icha..mogok ichaa .. :-"

-icha03- said...

incik suami
kah kah kah
gelik jek merajuk

aya
jangan nak mengade
:p

ini hanya mengambil beberapa nama.
jangan nak over yee??
huh

Asz said...

Eh, asz masih big fan ur blog ok!Hehe...

(o_0) said...

erk! aku update la :|