December 30, 2011

:: si comel ::


kasut baru ku
comel tak?
comel tak?
comel kan???











dua puluh ringgit sahaja
uuuuhhh yeeaaayyyyyy!!!!


________________________


selamat berhujung minggu
selamat menyambut tahun baru
selamat menempuh kehidupan baru
selamat selamat selamat
^-^

December 29, 2011

:: mari share diet ::


sejak beberapa hari ini, ramai betul yang tanya rahsia aku jadi kurus
jujurnya, aku tak sempat nak PM kat semua orang yang tanya
satu; sebab aku login FB guna henpon
jadi nya malas nak type panjang panjang
lagi lagi bila guna touch screen
letih
dua; sebab kalau guna FB aku terpaksa PM seorang, seorang
leceh. kan?
tiga; aku memang tiada masa
jadi, aku rasa dengan kongsi di entry ini lagi mudah
baca lah sendiri
:)

jujur jujur jujur nya;
aku tak mahu kongsi
bukan sebab aku lokek
tapi sebab cara aku diet ini nampak macam tidak seimbang
tapi apa pon terpulang lah pada penilaian orang lain
oke. sebenarnya aku follow "diet atkins"
tak susah. senang saja. kau google dan kau akan dapat beratus-ratus result

biar aku cerita sedikit
diet atkins ialah diet karbohidrat
maknanya kau tak boleh ambil apa apa makanan karbohidrat
dan juga kurangkan gula. BIG NO to sugar!!
takde lah tak bole langsung
tapi KURANG
dan bahan paling penting dalam diet ini ialah AIR
dan juga, untuk pastikan diet ini berjaya; jangan berlapar!!!
sila makan tiga kali sehari (pagi/tengah hari/malam)

contoh hidangan yang kau boleh ambil;

Breakfast
1) Telur rebus - 1 biji :: (0.6 g carb)
2) chicken slice - 2-3 keping :: (0.0 g carb)
3) air suam - 1-2 gelas :: (0.0 carb)
4) keju - 2 keping :: (1.0 g carb)

Tengahari / Malam
1) Ikan panggang - 1-2 keping :: (0.0 g carb)
2) Sup ayam - 1 mangkuk :: (0.5 - 1.0 g carb)
3) Ayam goreng - 1-2 ketul :: (0.5 - 1.0 g carb)
4) Sayur hijau - 1 mangkuk :: (1-3 g carb)
5) Telur goreng - 1-2 biji :: (1.0 - 1.5 g carb)


oke. kau ada masa 2 minggu untuk "induction"
dan ye, tempoh ini sangat menyiksakan
hahhahahah
banyak pantang larang dalam tempoh ini
dan kau hanya boleh ambil 20g karbohidrat sehari
tak boleh lebih. oke?
ini adalah makanan yang kau tak boleh ambil dalam tempoh 2 minggu

1) nasi, mi, mihun, laksa, spagetti, kuew tiau dan sebangsa dengan nya
2) roti; roti berserat, roti bun dan segala jenis roti
3) gula; gula pasir, madu, gula gula dan apa2 yang bergula tinggi
4) buah-buahan (lepas 2 minggu boleh ambil tapi berpada-pada)
5) minuman bergula; jus buah-buahan, air bergas
6) snek seperti twisties dan lain lain
7) segala bentuk kacang
8) makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan dan lain lain
9) makanan bertepung seperti kuih, kek dan lain lain


sila ikut peraturan. dan jangan ambil langsung makanan yang di larang
kalau tidak, jangan harap berat kau turun
ye?
selepas 2 minggu;
kalau kau rasa dah oke berat kau
kau boleh stop induction dan kau bole terus fasa fasa seterusnya
kalau masih belum puas hati
kau juga bole trus kan tempoh induction
terpulang

untuk buat diet ini
sebenarnya kau kena rajin membaca
kene rajin mencari dan terus mencari
jadi; nasihat aku, rajin rajin lah men'google'
kaji lagi, apa yang kau boleh makan dan apa yang tidak
dan aku takkan tulis lebar lebar kat ruang ini
sebab aku pon masih baru
aku takot salah nanti
jadi; BACA lah!!

macam aku; aku carik seseorang yang aku boleh contact
dan alhamdulillah aku jumpa seorang yang sudi untuk guide
apa apa yang aku tak paham; aku tanya dia
kalau aku was2 dengan makanan tu; aku tanya dia
lagi pon dia memang dah lama buat diet ni
jadi senang sikit untuk aku
tapi seriusly, sila rajin kan diri anda. ye?

sila rujuk sini





kalau kalian buat betul betul
percayalah. kalian boleh kurus
tapi lagi satu yang penting
jangan terlalu risau kan berat
sebab yang penting size badan
macam aku; berat aku tidak lah begitu kurang
tapi yang penting size memang ada mengecil
sebab aku sudah bole sarung semula baju2 masa sebelum kahwin
alhamdulillah
yang penting; maintain kan
oke
^-^

_________________________________

pengalaman aku

masa hari pertama aku buat
memang aku mengalami pening pening yang teruk
berpeluh satu badan
aku rasa macam nak pitam
aku dah seram plus dah nak givap
then esok nya aku baca balik. kenape?
baru perasan yang dia galakkan kita ambil pil vitamin
sebab kita tak ambil gula. kurang ambil karbohidrat
jadi nya sumber tenaga sangat kurang
lepas aku ambil multivitamin aku oke
tapi aku ambil pil tu pon dalam 2-3 hari je
lepas tu aku dah tak ambil. lupa. hahahha
dan juga dalam tempoh 2 minggu tu
badan kita nak sesuaikan dengan sistem pemakanan yang baru
insyallah lepas tu dah oke
macam aku; dah hampir 2 bulan tak ambil nasik.
dah biasa. dah oke.
dan lama juga tidak minum air bergula
cuma kadang kadang. pon sudah oke. sudah biasa

macam aku tekankan
yang terpaling penting adalah AIR
hari pertama aku buat atkins; hari esok nya aku sembelit
terok. sampai rasa nak nanges.
hahahahahha
lepas tu; aku banyakkan pengambilan air
alhamdulillah. sekarang buang air besar sudah oke

untuk 2 minggu (induction)
aku hilang hampir 5kg
dan ada juga ketika nya naik
seratus gram
hahahahah
semak semula apa hidangan yang kau ambil
mungkin ada yang terlebih karbohidrat
(ada juga aku baca, hilang hampir 10kg dalam 2 minggu)

dan sekarang; semua sudah oke
walau berat ideal yang aku mahu belum dapat
tapi aku rasa sudah oke sebab baju lama semua sudah bole pakai
cuma nya; perut aku ni memang begini laa
sebab nya sudah melahirkan...operation pula
hik hik hik hik

sebenarnya; memang ramai orang kondem diet ini
jadi. terpulang la pada kalian
untuk cuba atau tidak
sebab tu aku cakap
RAJIN MEMBACA
blog "aku tak nak gemuk" tu bagus
contohi la budak itu
dan jangan baca separuh jalan
baca betul betul

lagi satu; bersabar lah
aku malas nak kongsi sebenarnya
sebab sakit hati jek.
mula mula iye2 mintak rahsia
bila dah kongsi
itu lah. ini lah. leceh lah. bahaye lah
tahik lah!!!!
huh!!!!
kalau rasa mahu buat; buat
kalau rasa tak nak; tak payah buat
tak payah nak komplen2 itu ini
oke?
ape pon usaha tangga kejayaan

*dan oh ye
diet ini paling tak sesuai untuk ibu mengandung
dan juga ibu yang aktif breastfeeding


selamat mencuba!!!
semoga berjaya!!!
^-^

December 28, 2011

:: rindu ::


jumpa ini
oh rindu nya
rindu bandung
rindu jalan berdua
rindu gelak sama sama
rindu mengadu cerita
rindu tidur sebantal
rindu makan sepinggan
dan terlalu rindu kan dia
kami dekat, tapi jauh
oh betapa aku rindu kau, kakak!

December 22, 2011

:: tahniah ::

puteri alisha sofia
6A

shaza izni inarah
9A


_________________________

tahniah anak anak saudara ku!!
proud of you
^-^

December 21, 2011

:: sakit mata ::




mata tidak berfungsi dengan baik
entah kenapa, bangun pagi isnin mata macam bengkak
semalam dah mula gatal gatal
semalam dah mula rasa pedih
dan hari ini
mata makin mengecil
mata makin rasa mahu terkeluar
tak boleh pandang skrin komputer lama lama
semalam mahu praktis edit gambar pon tak dapat
air mata tiba tiba keluar jurai jurai
orang kata nak kena ketumbit
entah lah.
tapi gatal benar ni
rasa nak garu garu saje
tak bole tunduk lama lama
aku rasa macam bijik mata nak jatuh
kepala rasa denyut denyut
dengan selsema yang tak mahu pergi pergi ini

aaahhh.....!!!!!
oh. aku yang sedia sepet ini jadi begitu sepet
oh kenapa??

oke bai
^-^

December 20, 2011

:: romantika d'amor ::




____________________________________

dah lama tak beromantik
kan?
kalau dulu masa bercinta,
ade saja nak cerita pasal kekasih
ini, sejak dah kawin
susah benar nak cerita pasal dia
hik hik hik

___________________________________

dulu bercinta jarak jauh
sorang KL - sorang JB
dan siapa sangka selepas 2 tahun kahwin
kami terpaksa berjauhan lagi
back to normal
sorang KL - sorang JB

jujur nya nampak macam sama
sebab dah pernah ada pengalaman
memang boleh anggap ini pon sedang bercinta
jadik, sama je la macam dulu dulu
tapi; dari sudut hati aku paling dalam
seriusly, tak sama

tiada tempat berkongsi cerita
tiada tempat bergurau senda
tiada tempat mengadu bagai
tiada tempat bahu untuk sandar
dan yang paling penting
tiada tempat untuk meluah segala

kalau dulu keluarga lagi penting dari kekasih
kekasih tak ada pon takpe
happy dengan keluarga lagi seronok
tapi sekarang
suami itu lagi perlu
bukan nak kata keluarga tidak
tapi keutamaan nya sudah berbeza
kan?
lagi lagi sebagai seorang isteri

paling sedih sebab tengok anak tumpang kasih dengan orang lain
aryan manja dengan seorang pakcik nya
dia itu abang aku
tiap kali dia datang,
mesti ajak aryan solat sama sama
aryan mesti ikot
nanti abang aku bentang satu sejadah
dan aryan akan duduk kat situ
kadang kadang dia terbaring
kadang kadang ikot ruku'
sampai kalau orang panggil, baru dia tinggal
dan aku rasa, sepatutnya itu adalah suami aku, daddy aryan
bukan abang aku

tapi itu lah, ini jalan yang telah kami pilih
tahan kan saja. redha kan saja. tabah kan saja
tak semua yang kita mahu kita akan dapat
tak semua yang kita idam kita akan capai
kadang kadang sesuatu itu memerlukan pengorbanan
dan aku rasa, inilah perngorbanan nya
cuma sampai bila aku sendiri tidak tahu?

dan menjadi aku; harus nya kuat
aku sudah latih diri aku untuk tidak jadi isteri yang lembik
aku tidak mahu sedikit-sedikit mengadu pada suami
sedikit-sedikit menangis
sedikit-sedikit mengeluh
ada. tipu kalau aku kata tiada
tapi kalian boleh tanya sendiri pada suami aku;
sepanjang aku di sini, jauh dari dia ini,
pernah kah aku menangis rindu dia?
pernah kah aku mengeluh sebab tak larat mahu kawal semua?
tidak. sungguh tidak.
aku tidak sombong. aku bukan berlagak
tapi. aku cuba. sedaya upaya aku cuba untuk tidak menyusahkan hati dia
aku perlu faham betapa dia rindu kan kami
betapa dia rindu kan puteranya itu
sebagai aku; aku tidak mahu menambah-nambah
sebagai aku; aku tidak mahu menjadi beban perasaan untuk dia
dan sepanjang hampir 7 bulan berjauhan dari dia
aku sudah terbiasa. tanpa dia
aku sudah terbiasa. menjadi keras
aku sudah terbiasa. menjadi yang berdikari

rindu? gila kah aku tidak rindu suami aku?
sayang? hilang akal kah aku tidak sayang suami aku?
pernah ada orang kata;
"beri sedikit cemburu pada suami kau,
walau suami kau tiada apa"
sejak kenal, sejak bercinta
aku memang bukan jenis perempuan yang cemburu
sumpah bukan.
melainkan sesuatu itu terjadi yang menyebabkan hati aku terasa
menyebabkan aku di sampahkan
iya. aku akan cemburu
penting bagi aku ialah;
cemburu itu bukan tali pengukur sayang aku
sungguh bukan.
suami aku tahu bila aku akan cemburu
suami aku tahu bila aku akan terasa
dengan meninggalkan dia seorang di sana,
bermakna aku percaya dia
tidak pernah sedikit pon,
terdetik dalam hati aku yang dia akan curang
dan juga, bukan bermakna aku tidak risau
tipu. tipu kalau hati ini tidak risau
tapi sungguh aku percaya

jadi, tolong jangan di salah erti
aku ini bukan isteri yang tidak mengenang budi
bukan isteri yang tidak tahu menghargai suami aku
setiap detik. setiap saat. dia dalam ingatan aku

setiap aku menyuap makanan, tiap itu aku menahan rasa
"entah apa santapan suami aku? sudah makan kah dia?"

setiap kali aku pulang ke rumah, tiap itu aku menggigit bibir
"apa rasa suami aku, pulang tidak di sambut? kuat kah dia?"

setiap kali aku tidur, tiap itu aku menahan tangis
"bagaimana suami aku tidur sendirian? sedih kah hati dia?"

tapi; menjadi aku; perlu kah aku terus memikir itu semua?
perlukah aku terus terus menahan sebak. menahan rasa?
kau rasa, kalau aku terus terus begitu, apa yang aku dapat?
dengan berterusan memendam begitu, bahagia kah aku?
bukan senang untuk aku jadi begini
menjadi isteri yang selalu cuba untuk kuat. untuk keras
kalau aku tidak kuat.
tidak perlu tunggu 7 bulan
entah entah 2 bulan pon sudah gagal
boleh bilang yang aku ini dekat dengan keluarga
tapi macam aku cakap, tidak semua kita boleh kongsi dengan mereka
siapa nak layan sedih kau sepanjang masa?
siapa nak dengar tangis kau setiap masa?
walau itu keluarga kau sendiri
lama lama orang pon bosan
kan?

jadi tolong.
percaya lah. percaya lah
yang walau aku ini nampak tidak peduli
tapi tiada siapa tahu bagaimana aku mengawal perasaan aku
ini bukan mudah. sungguh bukan mudah.

aku selalu ingat
"selagi kita suami isteri,
selagi kita saling berpegang antara satu sama lain
insyallah, semua akan okay"

aku sayang kau; kekasih ku
aku cinta kau; suami ku
tolong genggam tangan aku ini jangan lepas
sampai tua, sampai nanti, sampai mati
sebab tanpa kau; aku ini mati.



December 19, 2011



tak tahu apa motif private blog dengan tiba tiba
hahahah
sori kamu kamu
____________________

erm macam biasa, hari cuti jadi kena la cuba buat resepi baru
nama nya; kek hujan panas
bahan bahan pon semua senang senang
cuma kena tambah sikit
tu pon mak aku belanja
hahahah
layan kan anak nya yang sedang gila buat kek

aku tak nak tunjuk hasil nya
sebab hasil nya tak seindah yang aku harap kan
mungkin sebab aku letak banyak sangat warna
atau aku guna pewarna yang murahan
hahahah
sebab aku dah tengok pewarna yang blogger tu guna
mak aiihh...satu color = rm9.50
gile?? aku hamek yang satu harga nya rm1.70
hahahahaha
jadik, aku tak nak letak la kek aku jadi macam mana
buruk. tapi sedap beb
fuuhh.. sedap gile
cewaahh
mak aku cakap la. hahahah

itu kelapa parut ye
di warna kan dengan begitu cantik

patot; hasil nya begini. hik hik hik
tapi kek aku tidak begini kejadiannya
tapi sedap laa

itu pewarna yang aku cerita
satu harga nya rm9.50
kecil pulaaaaa


_________________________

entah kenapa semalam demam dengan tiba tiba
saket tekak + pening + selsema
sepanjang hari berselimut
mandi cuma sekali
aku tahu tidur + makan
alhamdulillah aryan budak baik
main sendirik sendirik
kalau lapar, datang baring sebelah aku nak susu
lepas tu tidur sebelah aku
senang betol
lagik best sebab hujan sepanjang hari
^-^

korang? ape bikin?



December 16, 2011

:: frambozen kenari ::



hik hik hik
pada rakan rakan yang ada tengok FB aku
mesti dah tahu aku nak update ape hari ni
kan kan kan
oke lah. nak cerita pasal "Frambozen Kenari"
aku tak tahu nak cakap benda ni ape
kek ke? cookies ke? apa ke?
sebab ari tu,
kawan aku ada jual cookies raya lebih kurang macam ni la
jadi, suka hati korang la nak spesifikasikan apa

aku tergerak nak buat kek ini sebab,
bahan bahan nya agak murah
plus aku masih ada baki blueberry jem hari tu
cuma perlu tambah almond flake, serbuk badam dan milk powder

taraaaaaaaaaaaaaa......



sedap
bawah nye agak basah basah
tengah nye itu "meringue"
(chem; bukan whipped cream oke)
ini ialah putih telur + tepung jagung + gula
atas nya pula badam
aku bakar lebih untuk atas
biarkan almond tu rangup
dan seperti biasa;
agak manis.
itu pon aku dah kurang kan gula dari resepi asal
lepas ni kalau nak buat, kene kurang kan lagi
mak aku pon tak boleh makan
1-2 sudu sahaja
kalau laki aku ni mesti terus tak boleh masuk
tapi pon, macam biasa
tetap saje setel satu loyang
alhamdulillah
^-^

sebab ada yang tanya resepi ini
jadi aku share di sini ye
aku jumpa di sini


_________________


ini baru beli semalam
dengan ihsan kakak aku
hage nya rm16. kami share share
hiihihi
tinggal mixer sajeeeeeeee
adoiihhhhh
^-^

December 15, 2011

:: kesayangan ::




jujurnya;
aku boleh mati tanpa dia
baru bayang kan saje kalau dia tiada;
aku sudah boleh nangis tanpa henti
apatah lagi kalau ia terjadi

semoga tuhan lindungi kamu selalu, sayang
semoga tuhan jauhkan kamu dari segala bencana


December 14, 2011

:: dia datang... tet tet tet ::



yang di nanti nanti
yang di tunggu tunggu
yang di debar debar kan
sudah tiba
ini dia




*klik untuk tumbesaran*

ini emel rasmi dari cik HR untuk miting 2012 nanti
kalau lain lain orang sibuk pikir kan cuti tahun baru;
tapi bagi kami warga century atau Centurions,
tarikh pertama dalam tiap tahun baru adalah di nanti-nanti kan
mendebarkan. menyesakkan.
yang lain tak penting
makan makan tak penting
message bagai tak penting
yang penting;
tuuuu
tuuuu
yang di kotakkan merah itu

entah dapat tempias,
entah kan tidak
huhuhuhuhuh
ape pon, berape pon
syukran..syukran..

oke bye
semua budak opis tengah debar debar sekarang ni
masing-masing membayangkan JPO
atau atau..
hanya shopping di jalan dhoby?
hahahahhahahahah
doakan aku dapat bonus bulan bulan
(walau harapan tipis sebab masuk pon dah bulan may)
tapi tetap pasang angan-angan
sikit. sikit jeeee...
hahahaahhahahah
^-^

December 13, 2011

:: cuti cuti ::



hari ini, hari pertama kerja lepas lima hari duduk rumah
khamis amek emergency leave sebab,
1st day aryan kene chiken pox
hari jumaat & isnin memang aku dah apply cuti
sebab plan asal nya mau ke kuala lumpur
tapi sebab si kecik tu dah sakit jadi nye semua plan cancel
incik daddy yang datang sini jengah dia

sebenarnya takde lah susah sangat jaga aryan masa saket ni
dia oke. seriusly memang oke
cuma nya; sejak semalam ni,
ada tumbuh bintik bintik halus kat satu badan dia
dan bintik bintik tu buat dia tergaru-garu
aku tak pasti itu apa
mak mertua aku cakap itu termasuk dalam ciken pox juga
tapi kesian tengok dia tergaru-garu
dan aku pon terlibat tak cukup tidur sebab tolong usap2 badan dia
aku tak kasi dia garu sebab takot berdarah nanti
alahai
badan kat ofis, hati di rumah
nak mintak emergency leave lagi risau bos bising
aduhaaiiii
tengok la balik nanti
if dia teruk, aku EL kan saje laa

______________________________

sepanjang cuti dok umah jaga aryan
sempat juga rajin kan diri memasak

1st : hotpot potatoes
ini sama ye, resepinya aku dapat di blog yang sebelum ini
sedap. sebab ada mozarella cheese di atas,
kentang di lapisan ke dua
dan daging cincang di lapisan terakhir
licin
hahahaha


2nd : kek coklat moist
ini aku buat lagi atas permintaan ibu ku
tapi dia suruh aku letak coklat rice yang colorful
dia tak nak kaler coklat macam yang mula2 aku buat tuh
dan dia juga mintak kurang kan manis
alhamdulillah. jadik
suke la tuu dia


dan semalam, sebab takde ape nak buat
ajak incik suami ke JPO
wah. serius. nak pengsan
ada lah certain butik aku tak masuk
sebab memang tak kan mampu la kan
tapi best la. sebab memang banyak potongan nye
kalau lah..kalau lah aku kaya
fuh fuh fuh...
aku cuma belikan aryan saje
jeans & baju GAP
murah siot
lagi murah dari jualan kat online kt FB tu
tak puas rasa nya
seronok dapat belikan aryan baju
tenkiu daddy

"berposing depan rumah sebelum keluar"

"daddy n baju anak daddy"

December 10, 2011

:: lagi lagi kek ::



aduh. berhari dah tak update. heh
maaf ye pengunjung pengunjung setia ku
cewaaahh

_______________________________________

khamis aku cuti. emergency leave
sebab aryan kene chicken pox
plan pulang ke kuala lumpur juge dibatalkan
sepanjang jaga aryan, actually dia oke
macam tak saket pon aku tengok
kinje kinje macam biase. hyper macam biase
dan paling penting, alhamdulillah dia tidak rengek rengek
itu yang penting ye
hihihih

mungkin. mungkin sebab benda tu tak keluar abis
atau mungkin sebab belum time dia nak rengek rengek
oh aku harap dia tetap macam tu sampai sembuh nanti

paling dia suka masa sapu ubat
lepas tu orang kipas kipas badan dia nak kasi kering
nanti aku kipas bebird dia
(sebab kat situ paling banyak tumbuh)
sambil aku jerit
"sate burung... sate burung...!!!
gelak besar dia. macam paham. hahahah

"tengok tv"

"seronok kene kipas"

___________________________________

sebab tak jadi pergi KL, pada hal sudah plan mahu buat projek kek dengan kakde
jadi aku buat di rumah saje
lagi sekali, cheese cake untuk incik suami
tapi kali ini baru agak sempurna la
itu yang berani letak gambar
untuk cik puan ella, aku dedikasi kan gambar ini untuk kau
terima kasih atas resepi nya. terima kasih kerana tidak lokek untuk kongsi
terima kasih sayangku..!!!
kali ini aku buat "blueberry cheese cake"
manis di bawah, masam di atas
sedaaappp
incik suami juga suke
alhamdulillah

"incik suami teruja sebab cik isteri dah hebat. hahahahah"
_________________________________________


hari ini, masih tidak ke mana mana
bangun awal pagi, menguli tepung lagi
kek hari ini ialah kek coklat moist
alhamdulillah. jadi.
walau aku tidak puas hati sangat sebab tidak begitu basah
tapi untuk permulaan, boleh laaa
nanti try carik resepi yang lain pula

"kek coklat moist yang begitu menggiurkan. hahaha "
___________________________________

niat di hati mahu buat muffin
sebab jumpa resepi muffin yang mudah dan nampak selera
tapi sebab bekas muffin tu aku takde
ada dijual tapi agak mahal

"loyang untuk muffin"

jadi, di tangguh kan dulu la
insyallah nanti gaji, beli barang sikit sikit
hihihi
kate adek ipar aku, lepas ni aku dah bole bukak kedai kek
tak pasal
pada hal belum rasa
huh
saja nak sedap kan hati aku la tuuuuuu

______________________________

di hati memang agak terkilan sebab tak dapat pulang KL
kesian mak mertua aku
sedih sangat dengar suara nya
insyallah nanti kita jumpa ye mak
dot tahu mak rindu aryan
sabar ye?

oke lah. mahu mengemas
sedang maghrib ini aku update
baru ada masa
dari tadi di dapur saje
assalamualaikum semua
selamat berhujung minggu
^-^

December 7, 2011

:: ayam pox ::



aku masih belum private
sebentar ye?

__________________________

semalam bawak aryan pergi klinik
sebab macam ada bintik bintik merah kat tangan, kaki dan badan dia
sebenarnya dah agak lama dia kene tu
dalam 2 minggu gitu
dan dah 2x kali aku pergi klinik
dapat ubat yang berbeza
last hari tu aku pergi farmasi beli ubat yang mahal sikit
pon masih tidak hilang
juga aku dah tak beri dia makan telur, ayam dan ikan bilis
masih begitu juga
kesian badan dia. dah tak mulus da
hiihih
semalam pergi lagi klinik. tapi klinik lain pula
plus, macam ada bintik bintik merah yang lain macam aku tengok
ini bintik merah yang baru tumbuh la
dalam 3-4 bintik

dan keputusannya
yang satu itu memang betul la sebab alahan
doktor beri ubat krim
yang lain dari sebelum nya la
kemudian yang aku cakap bintik bintik baru itu
haaihh..tidak lain tidak bukan 'chicken pox'
aduhaaaiii
aku dah dapat bayangkan dia punya rengek nanti
sebab benda tu gatal. kan?
dan lagi satu hal nya, aku sudah beli tiket balik KL esok malam
memang plan berhujung minggu di KL minggu ini
tapi aku tak tahu la jadi atau tidak nanti
tengok la keadaan aryan esok macam mana
sebab kesian pulak nenek dia kat sana rindu aryan
semalam aku call ibu mertuaku itu
dia cakap, bole jek balik. sebab baru baru nak tumbuh
tengok la macam mana ye nenek?
sebab kali ini, kami pulang dengan bas
bukan dengan burung besi
jadi, selama lebih kurang 4-5 jam dalam bas nanti
aku risau aryan merengek-rengek
mengganggu penumpang lain pula nanti
tengok lah keadaan aryan sampai esok malam
kalau tak begitu teruk, aku pergi
kalau sudah mula makin banyak, tak pergi la
tapi harap harap aku dapat pergi
sebab nya, nanti bila lagi mahu pergi
tahun depan la jawap nya. kot
aduuss

semalam sudah beli air kelapa
tapi alahai, budak budak
bukan minat sangat pon
aku dapat beri dia minum dalam 3-4 teguk je
lepas tu dia tak mahu sudah
doakan aryan cepat sembuh. ye?
atau kalian ada petua mahu share?
^-^


December 6, 2011

:: tolong ::



okay. ade benda nak mintak tolong kamu kamu
kejap kejap lagi, aku nak private blog
(leceh.aku tahu)
sebab ada orang orang tertentu yang tak patot baca blog ini,
tapi secara tak sengaja telah jumpa link ini
jadi
aku minta
kalian tolong tinggal kan emel di ruang komen
kalau mahu aku invite, aku akan invite
tolong ye?
nanti aku sunyi tiada teman
:(
benci tau
tak suka private private ni
bukan artis pon..!!
kalau private ni sama macam aku tak payah tulis blog pon
haaihh :(

tolong yee???
^-^





tiba tiba rasa malas nak berblogging
heh

:: johor premium outlet ::


okay. cuma nak update satu cerita
sekarang kat johor even singapore pon
masing masing sibuk bercerita pasal Johor Premium Outlet
sila layan gambar ye?













untuk lebih lanjut, sile lawat Johor Premium Outlet


aku sendiri masih tidak berkesempatan ke sini
tapi menurut cerita dari kawan kawan yang sudah pergi,
masa sekarang ini agak ramai orang la
mungkin sebab baru baru buka
kot
dan juga banyak barang yang entah season bila
tak berapa nak berkenan
mungkin sebab ramai orang dah sambar
kot

nanti lah kalau ada masa
dan juga ada DUIT
nak juga cuci cuci mata
nak beli yang betul betul berjenama
belum tentu mampu
walau walau walaupun ade less sampai 50%
cuma nak tengok jeeeee
hahahahahhahahahah

siapa siapa nak kirim
meh aku beli kan
tapi ada charge penghantaran laa
wawawawawawaa


pssttttt :: panties La Senza; rm50 = 10 helai (renda renda lagiiii)
bra La Senza; rm100 = 2 helai
baju tidur La Senza rm60

happpy shopping..!!!
^-^


dan oh yee.. kat KL tiada ye?
kat Malaysia, ini saje satu satu nye
lalalalallalala

December 5, 2011

:: si manis; pavlova ::



ermm..seperti biasa. semalam tak dapat update apa
kunun nak buat kek semalam
tapi tak sempat
sebab nya melayan cik puan bersopping
bukan main lagi emak bersopping
sesekali kata nya
layankan

__________________________________

hari ini punya cerita
eh. bukan hari ini, sebab aku update ni dah pukul 12++
maknanya dah masuk 5 dec
so, ini cerita semalam (4dec) laaa

ingat tak entry aku masa hari jumaat
kata nak buat kek rahsia
hahahahaha
ahad baru ade kesempatan untuk beli bahan bahan
beli buah kiwi, strawberry, epal & anggur
beli whipping cream, gula icing, gula kastor dan telur
lebih kurang begitu la bahan nya
dah beli siap siap, aku singgah umah kakak
mahu pinjam mixer sebab nya buat ini tak bole pukul sembarang
nanti tak kembang dan "meringue" tak jadi
so, pulang dengan senang hati sebab dapat pinjam mixer

sampai rumah. rilex rilex dulu
lebih kurang pukul 5 baru sibuk mahu buat kek
potong potong buah. siap kan bahan bahan
tiba masa nak uli, ambil mixer dalam kotak
dan.. ohhh... ohhh tidaakkk ....
akak aku cuma bagi badan nya sahaja
besi nya tiada
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
telur pulak sudah pecah
buah sudah potong
tak boleh jadi, macam mana cara pon mesti kene buat hari ini juga

emak kata macam ada satu mixer. tapi dah lama tak guna
bongkar bongkar. ada. yes. hati kembali berbunga
basuh kasi bersih. try on. oke. cun
terus pukul telur
sekali tengok macam ada bende asing dalam telur
rupanyaaaa...dalam mixer ada habuk
(mungkin sebab lama sangat tersimpan)
abes telur 4 biji
oh sedih nya :(
telur 4 biji buang begitu saja
sudah lah telur mahal sekarang ni
sedih. sedih sedih

semangat tidak patah. telefon kak juli sebab dia masih belum pulang
suruh dia ambil kan besi mixer di rumah kakak
dia kata oke
kakak tiada di rumah, jadi dia sangkut di pagar luar
tak lama lepas tu kak juli sms

"hujan lebat gile. aku bawak pon slow gile"
"tak tahu la bole singgah ke tak amek bende tuh"

aku dengan rasa selfish, reply.

"tak beli kertas minyak tak apa. tapi tolong la amek kan mixer tuh"
"aku dah siap kan bahan2, tak kan nak buang?"
"sudah lah tadi telur masuk habuk. sedih betol aku ni"

lamaaaaaaaaa.. tiada balasan
sepuluh minit lepas tuh

"siot ah kau. sedih pulak aku nye. aku dah amek mixer"

dalam hati; yeeessss...!!! terima kasih kak juli sayang ku..
kesian dia. mesti basah kuyup. sebab hujan memang lebat gile!!
ngam ngam dia sampai rumah
*gelap*
yessss lagi sekali. blackout
sebab ada petir yang giler kuat
oh. dugaan kah ini?
tak dapat buat juga kah kek ku ini?
semangat dah hilang separuh
tapi tapi tak sampai 30 minit
kembali terang. alhamdulillah. elektrik kembali hidup
semangat datang balik

lebih kurang pukul 8.15 malam gitu, bermula lah perjuangan untuk membuat seketul kek
dan lebih kurang pukul 9.45 malam; kek comel ku pon siap

begitu banyak rintangan. akhirnya siap juga
memang susah meminjam ni
tak boleh jadi
kene carik juga satu mixer ni
hik hik hik



sepatut nya ia kelihatan seperti gambar di atas
tapi sebab kali pertama jadi lah seperti gambar di bawah
tapi pon aku rasa sudah cukup oke bagi aku yang tak reti apa apa ini

ini lah di namakan "pavlova"
aku tak pasti ini boleh di kategori kan sebagai kek atau tidak
sebab nya, macam bukan
tapi ia agak manis. itu sebab kena letak buahan dia atas nya
sedap taaauu ..
habissss..licinnn.... :)



my first pavlova
^-^

_________________________

update

since ada yang tanya resipi
so..aku kongsi ye?
aku jumpa resipi ini di blog ♥IrmaDiLondon
kemudian nye; resipi nye sile lihat di sini ♥resipi pavlova
sila lah cuba ye?
dah cuba jangan lupa share pengalaman
kot korang punye dugaan lagi hebat dari aku
oke?

December 2, 2011

:: kek oh kek ::



hari ini begitu gembira rasa hati
sebab kesemua incik incik bos tiada
diorang pergi bercuti
yippiee...!!!!

_________________________________


kenapa semenjak dua menjak ni
aku begitu rajin review blog blog masakan ?
kenapa semenjak dua menjak ni
aku begitu rajin nak buat kek
keinginan buat kek membuak-buak
kenapa kah?
kenapa ?

siap yang sudi nak beri aku mixer?
sebab cukup lah sekali hari tu buat cheese cake,
pukul pakai tangan
ya ampun...!!
sengal deh lengan gue
siapa nak hadiah kan aku?
sempena tahun baru ni?
haaaaaaa

nanti
boleh lah aku buat adunan sambil nyanyi nyanyi
macam gambar bawah ni
hihihihihihi




tak payah stand mixer bagai
bukan nak berniaga pon
dapat yang biasa biasa pon takpe
hik hik hik
macam gambar bawah ni





aku ada jumpa resipi baru
ingat kan nak cuba buat esok
nanti samada jadi atau tidak
aku update!
oke

eh.
selamat berhujung minggu
^-^

December 1, 2011

:: cerita di awal disember ::



semalam tiada update. sebab macam biasa. hujung bulan. sibuk
sampai kan tak sempat nak keluar rehat
tak sempat juga nak pegi belajar editing
duduk depan pc sambil buat kerja sambil lunch
seronok. sebab sesekali begini
bukan selalu pon

so untuk hari ini
happy december blogger...!!!!!


oh. sekarang di ofis mood bonus
semua orang nampak macam senyum lebar
walau ada dengar ura ura yang bonus tahun ini agak kecil
tapi pon insyallah tetap ada
itu yang penting
untuk bahagian aku, tidak terlalu berharap
sebab masuk pon dah bulan may
dah agak terlambat untuk dapat bonus mantap
kalau dapat pon pro rate. itu pon kalau ada
ada ke tak ada ke, terima saja la
mana tahu ada rezeki aryan terselit di mana mana
insyallah




oh kejadian tidak di ingini terjadi di pagi hari
tayar kereta pancit
aku paling lemah kalau tayar pancit
alhamdulillah, tuhan bantu
perjalanan masih belum jauh,
jadi sempat untuk pusing balik tukar kereta
(ade seorang budak ofis yang selalu tumpang aku; nama zu)
suami zu ini AM aku. tapi suami dia di cawangan pasir gudang
kami; cawangan tanjung pelepas. agak jauh dari pasir gudang
jadi; guna kereta suami dia untuk ke ofis hari ini
viva tinggal. naik civic
selesai satu masalah

masalah lain pula, time time aku rancang mahu pulang KL
time ini pula tayar pancit
makna nya perlu keluar duit
alahai
sebab aku tengok tayar tu macam injured terok
macam kene tukar tayar baru saja
alahai. lagi.
tapi tak apa lah. nak buat macam mana.
bukan rezeki aku bulan ini
aduh

beginilah kalau suami tiada di sebelah
rasa juga jerih nya
yang paling tak seronok sebab rasa menyusah kan orang lain
tak best betol feel ni
bila tiba situasi macam ni,
aku teringat kesayangan kesayangan aku itu
kalau lah mereka itu ada
kalau lah budak dua itu di sini
tak risau aku
haiih
oh tak perlu la nak ngeluh sangat
benda sudah jadi
mereka memang tiada. buat masa ini
*sebak*

kau orang?
mesti pernah hadap situasi macam ni kan ?
tayar pancit??
hahaha
atau cerita bonus mungkin?
meh share..!!