December 20, 2011

:: romantika d'amor ::




____________________________________

dah lama tak beromantik
kan?
kalau dulu masa bercinta,
ade saja nak cerita pasal kekasih
ini, sejak dah kawin
susah benar nak cerita pasal dia
hik hik hik

___________________________________

dulu bercinta jarak jauh
sorang KL - sorang JB
dan siapa sangka selepas 2 tahun kahwin
kami terpaksa berjauhan lagi
back to normal
sorang KL - sorang JB

jujur nya nampak macam sama
sebab dah pernah ada pengalaman
memang boleh anggap ini pon sedang bercinta
jadik, sama je la macam dulu dulu
tapi; dari sudut hati aku paling dalam
seriusly, tak sama

tiada tempat berkongsi cerita
tiada tempat bergurau senda
tiada tempat mengadu bagai
tiada tempat bahu untuk sandar
dan yang paling penting
tiada tempat untuk meluah segala

kalau dulu keluarga lagi penting dari kekasih
kekasih tak ada pon takpe
happy dengan keluarga lagi seronok
tapi sekarang
suami itu lagi perlu
bukan nak kata keluarga tidak
tapi keutamaan nya sudah berbeza
kan?
lagi lagi sebagai seorang isteri

paling sedih sebab tengok anak tumpang kasih dengan orang lain
aryan manja dengan seorang pakcik nya
dia itu abang aku
tiap kali dia datang,
mesti ajak aryan solat sama sama
aryan mesti ikot
nanti abang aku bentang satu sejadah
dan aryan akan duduk kat situ
kadang kadang dia terbaring
kadang kadang ikot ruku'
sampai kalau orang panggil, baru dia tinggal
dan aku rasa, sepatutnya itu adalah suami aku, daddy aryan
bukan abang aku

tapi itu lah, ini jalan yang telah kami pilih
tahan kan saja. redha kan saja. tabah kan saja
tak semua yang kita mahu kita akan dapat
tak semua yang kita idam kita akan capai
kadang kadang sesuatu itu memerlukan pengorbanan
dan aku rasa, inilah perngorbanan nya
cuma sampai bila aku sendiri tidak tahu?

dan menjadi aku; harus nya kuat
aku sudah latih diri aku untuk tidak jadi isteri yang lembik
aku tidak mahu sedikit-sedikit mengadu pada suami
sedikit-sedikit menangis
sedikit-sedikit mengeluh
ada. tipu kalau aku kata tiada
tapi kalian boleh tanya sendiri pada suami aku;
sepanjang aku di sini, jauh dari dia ini,
pernah kah aku menangis rindu dia?
pernah kah aku mengeluh sebab tak larat mahu kawal semua?
tidak. sungguh tidak.
aku tidak sombong. aku bukan berlagak
tapi. aku cuba. sedaya upaya aku cuba untuk tidak menyusahkan hati dia
aku perlu faham betapa dia rindu kan kami
betapa dia rindu kan puteranya itu
sebagai aku; aku tidak mahu menambah-nambah
sebagai aku; aku tidak mahu menjadi beban perasaan untuk dia
dan sepanjang hampir 7 bulan berjauhan dari dia
aku sudah terbiasa. tanpa dia
aku sudah terbiasa. menjadi keras
aku sudah terbiasa. menjadi yang berdikari

rindu? gila kah aku tidak rindu suami aku?
sayang? hilang akal kah aku tidak sayang suami aku?
pernah ada orang kata;
"beri sedikit cemburu pada suami kau,
walau suami kau tiada apa"
sejak kenal, sejak bercinta
aku memang bukan jenis perempuan yang cemburu
sumpah bukan.
melainkan sesuatu itu terjadi yang menyebabkan hati aku terasa
menyebabkan aku di sampahkan
iya. aku akan cemburu
penting bagi aku ialah;
cemburu itu bukan tali pengukur sayang aku
sungguh bukan.
suami aku tahu bila aku akan cemburu
suami aku tahu bila aku akan terasa
dengan meninggalkan dia seorang di sana,
bermakna aku percaya dia
tidak pernah sedikit pon,
terdetik dalam hati aku yang dia akan curang
dan juga, bukan bermakna aku tidak risau
tipu. tipu kalau hati ini tidak risau
tapi sungguh aku percaya

jadi, tolong jangan di salah erti
aku ini bukan isteri yang tidak mengenang budi
bukan isteri yang tidak tahu menghargai suami aku
setiap detik. setiap saat. dia dalam ingatan aku

setiap aku menyuap makanan, tiap itu aku menahan rasa
"entah apa santapan suami aku? sudah makan kah dia?"

setiap kali aku pulang ke rumah, tiap itu aku menggigit bibir
"apa rasa suami aku, pulang tidak di sambut? kuat kah dia?"

setiap kali aku tidur, tiap itu aku menahan tangis
"bagaimana suami aku tidur sendirian? sedih kah hati dia?"

tapi; menjadi aku; perlu kah aku terus memikir itu semua?
perlukah aku terus terus menahan sebak. menahan rasa?
kau rasa, kalau aku terus terus begitu, apa yang aku dapat?
dengan berterusan memendam begitu, bahagia kah aku?
bukan senang untuk aku jadi begini
menjadi isteri yang selalu cuba untuk kuat. untuk keras
kalau aku tidak kuat.
tidak perlu tunggu 7 bulan
entah entah 2 bulan pon sudah gagal
boleh bilang yang aku ini dekat dengan keluarga
tapi macam aku cakap, tidak semua kita boleh kongsi dengan mereka
siapa nak layan sedih kau sepanjang masa?
siapa nak dengar tangis kau setiap masa?
walau itu keluarga kau sendiri
lama lama orang pon bosan
kan?

jadi tolong.
percaya lah. percaya lah
yang walau aku ini nampak tidak peduli
tapi tiada siapa tahu bagaimana aku mengawal perasaan aku
ini bukan mudah. sungguh bukan mudah.

aku selalu ingat
"selagi kita suami isteri,
selagi kita saling berpegang antara satu sama lain
insyallah, semua akan okay"

aku sayang kau; kekasih ku
aku cinta kau; suami ku
tolong genggam tangan aku ini jangan lepas
sampai tua, sampai nanti, sampai mati
sebab tanpa kau; aku ini mati.



21 comments:

mochitsuki said...

beb.. gua rasa nak nanges..
:'(

-icha03- said...

aku type sambil nanges
huk huk huk
:'(

Anonymous said...

Spoiled hari gua!!

FAK!!!

-icha03- said...

sebab?

Anonymous said...

xkan nak bitau nanges sambel bace...!!!!???

Fak la...!!!!!!!!

-icha03- said...

ok. paham
sori.

budakpemalas said...

Okeh, sedih.

Terpaksa tahan airmata dari mengalir kat opis. ;((

Sabar, tabah.
InsyaAllah semua baik-baik saja. ;)

^^AnGGun^^ said...

cha...mels kagom dengan kamo..
Kamo Wanita yang HEBAT!

-icha03- said...

dyana
alahai
jangan ah sedih
bole jadik panduan utk bakal pengantin
hahahah

tenkiu ye?

mels
uiisshh
takde la gitu sekali..
hahaha

Es hash ei Ka Ei en said...

uikss dah ramai komen
aku ketinggalannnnnnn...

hukhukhuk..

di keliling aku .. aku dah tgk ramai psgn begini.

mmg bkn mudah. malah ada yg sampai anak 2 3 masih berjauhan. beruntungnya sbb yg si isteri berada dkt dgn family sendiri. itu mmg buatkan masing² tiada sangat gundahnya.

aku mmg respek pada mereka yg memilih dan terpaksa pilih jln hidup begini demi utk kebahagian di masa akan dtg.

semoga semua tabah. tak apa la berpisah begini. kalau dah memang jodoh kalau dah memang sayang dan cinta ko duduk dlm hutan tak ada network pon hati masih tetap igt dia kan.

yg penting ALLAH owes dgn kita. mengadu la pd dia moga hidup akan sentiasa gembira.

-icha03- said...

tenkiu chem
:)

mochitsuki said...

chem.. kalau..
er.. kalau..
erm.. kalau..
ish.. xpela.. xjadi nak kasitauuu

e!ya said...

betoi kata chem kau masih beruntung tggl bersama family sakit demam masih ada org tengokkan..insyaalah allah akan balas rindu kejauhan kau nieh..mana tahu 1hari nnt kau akan dpt keja d'k.l..rezeki yg akan dtg kita xtahu bila kan...

-icha03- said...

chi
kenape?
meh cerita

aya
insyallah
doa kan
ye?

Fafau De Craft ( Zana ) said...

*kuar topik..
icha,kena pakai pisau pemotong kek,panjanggg n mata cam gergaji...gi cr kedai kek!belas2 ringgit jek..klu pisau biasa tkt hancuss,red velvet ni manjeee...

-icha03- said...

zana
ahahahahaha
tiba tiba je kaaannn ????
pisau yg plastik tu ke?
sile bagi gambar
hahahahah

Intan said...

semoga kau tabah..mmg asing idup tanpa suami disisi..smoga satu ari nnti korang akan idup sebumbung..aminnn

Emynz said...

aku nak tergelak betul ngan komen zana tiap kali. lagu christina perry tu best kan OST twilight.

ramai da jadi pakar kaunseling, then all i can say is standing still mate :D

Asz said...

Salam..

Siyes entry kamu ini sgt sedih.percayalah kamu org terpilih untuk dugaan ini. Moga Allah makbulkan impian kami ya icha...
doa saya untuk kamu!

** thx ajar sy jdkuat.Hope sy sekuat kamu **

♥naematulsaadahismail♥ said...

absence makes the heart grow fonder..
cewah~
moga rumahtangga kalian sentiasa dilimpahi mawaddah sakinah dan rahmah :)
jangan sedih2..duk jauh2 lagi sonok becinta kan?

-icha03- said...

intan
insyallAH
AMIINNNN

myn
itu la psl...
zana ni mmg taauuuuu...
jatuh centa ekk lagu tuu
aniwei,
tengs :)

asz
mari kite sama2 jadi wanita kuat
;)

naem
seronok
cuma kdg2 hati rindu sgt!
;)