December 29, 2011

:: mari share diet ::


sejak beberapa hari ini, ramai betul yang tanya rahsia aku jadi kurus
jujurnya, aku tak sempat nak PM kat semua orang yang tanya
satu; sebab aku login FB guna henpon
jadi nya malas nak type panjang panjang
lagi lagi bila guna touch screen
letih
dua; sebab kalau guna FB aku terpaksa PM seorang, seorang
leceh. kan?
tiga; aku memang tiada masa
jadi, aku rasa dengan kongsi di entry ini lagi mudah
baca lah sendiri
:)

jujur jujur jujur nya;
aku tak mahu kongsi
bukan sebab aku lokek
tapi sebab cara aku diet ini nampak macam tidak seimbang
tapi apa pon terpulang lah pada penilaian orang lain
oke. sebenarnya aku follow "diet atkins"
tak susah. senang saja. kau google dan kau akan dapat beratus-ratus result

biar aku cerita sedikit
diet atkins ialah diet karbohidrat
maknanya kau tak boleh ambil apa apa makanan karbohidrat
dan juga kurangkan gula. BIG NO to sugar!!
takde lah tak bole langsung
tapi KURANG
dan bahan paling penting dalam diet ini ialah AIR
dan juga, untuk pastikan diet ini berjaya; jangan berlapar!!!
sila makan tiga kali sehari (pagi/tengah hari/malam)

contoh hidangan yang kau boleh ambil;

Breakfast
1) Telur rebus - 1 biji :: (0.6 g carb)
2) chicken slice - 2-3 keping :: (0.0 g carb)
3) air suam - 1-2 gelas :: (0.0 carb)
4) keju - 2 keping :: (1.0 g carb)

Tengahari / Malam
1) Ikan panggang - 1-2 keping :: (0.0 g carb)
2) Sup ayam - 1 mangkuk :: (0.5 - 1.0 g carb)
3) Ayam goreng - 1-2 ketul :: (0.5 - 1.0 g carb)
4) Sayur hijau - 1 mangkuk :: (1-3 g carb)
5) Telur goreng - 1-2 biji :: (1.0 - 1.5 g carb)


oke. kau ada masa 2 minggu untuk "induction"
dan ye, tempoh ini sangat menyiksakan
hahhahahah
banyak pantang larang dalam tempoh ini
dan kau hanya boleh ambil 20g karbohidrat sehari
tak boleh lebih. oke?
ini adalah makanan yang kau tak boleh ambil dalam tempoh 2 minggu

1) nasi, mi, mihun, laksa, spagetti, kuew tiau dan sebangsa dengan nya
2) roti; roti berserat, roti bun dan segala jenis roti
3) gula; gula pasir, madu, gula gula dan apa2 yang bergula tinggi
4) buah-buahan (lepas 2 minggu boleh ambil tapi berpada-pada)
5) minuman bergula; jus buah-buahan, air bergas
6) snek seperti twisties dan lain lain
7) segala bentuk kacang
8) makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan dan lain lain
9) makanan bertepung seperti kuih, kek dan lain lain


sila ikut peraturan. dan jangan ambil langsung makanan yang di larang
kalau tidak, jangan harap berat kau turun
ye?
selepas 2 minggu;
kalau kau rasa dah oke berat kau
kau boleh stop induction dan kau bole terus fasa fasa seterusnya
kalau masih belum puas hati
kau juga bole trus kan tempoh induction
terpulang

untuk buat diet ini
sebenarnya kau kena rajin membaca
kene rajin mencari dan terus mencari
jadi; nasihat aku, rajin rajin lah men'google'
kaji lagi, apa yang kau boleh makan dan apa yang tidak
dan aku takkan tulis lebar lebar kat ruang ini
sebab aku pon masih baru
aku takot salah nanti
jadi; BACA lah!!

macam aku; aku carik seseorang yang aku boleh contact
dan alhamdulillah aku jumpa seorang yang sudi untuk guide
apa apa yang aku tak paham; aku tanya dia
kalau aku was2 dengan makanan tu; aku tanya dia
lagi pon dia memang dah lama buat diet ni
jadi senang sikit untuk aku
tapi seriusly, sila rajin kan diri anda. ye?

sila rujuk sini





kalau kalian buat betul betul
percayalah. kalian boleh kurus
tapi lagi satu yang penting
jangan terlalu risau kan berat
sebab yang penting size badan
macam aku; berat aku tidak lah begitu kurang
tapi yang penting size memang ada mengecil
sebab aku sudah bole sarung semula baju2 masa sebelum kahwin
alhamdulillah
yang penting; maintain kan
oke
^-^

_________________________________

pengalaman aku

masa hari pertama aku buat
memang aku mengalami pening pening yang teruk
berpeluh satu badan
aku rasa macam nak pitam
aku dah seram plus dah nak givap
then esok nya aku baca balik. kenape?
baru perasan yang dia galakkan kita ambil pil vitamin
sebab kita tak ambil gula. kurang ambil karbohidrat
jadi nya sumber tenaga sangat kurang
lepas aku ambil multivitamin aku oke
tapi aku ambil pil tu pon dalam 2-3 hari je
lepas tu aku dah tak ambil. lupa. hahahha
dan juga dalam tempoh 2 minggu tu
badan kita nak sesuaikan dengan sistem pemakanan yang baru
insyallah lepas tu dah oke
macam aku; dah hampir 2 bulan tak ambil nasik.
dah biasa. dah oke.
dan lama juga tidak minum air bergula
cuma kadang kadang. pon sudah oke. sudah biasa

macam aku tekankan
yang terpaling penting adalah AIR
hari pertama aku buat atkins; hari esok nya aku sembelit
terok. sampai rasa nak nanges.
hahahahahha
lepas tu; aku banyakkan pengambilan air
alhamdulillah. sekarang buang air besar sudah oke

untuk 2 minggu (induction)
aku hilang hampir 5kg
dan ada juga ketika nya naik
seratus gram
hahahahah
semak semula apa hidangan yang kau ambil
mungkin ada yang terlebih karbohidrat
(ada juga aku baca, hilang hampir 10kg dalam 2 minggu)

dan sekarang; semua sudah oke
walau berat ideal yang aku mahu belum dapat
tapi aku rasa sudah oke sebab baju lama semua sudah bole pakai
cuma nya; perut aku ni memang begini laa
sebab nya sudah melahirkan...operation pula
hik hik hik hik

sebenarnya; memang ramai orang kondem diet ini
jadi. terpulang la pada kalian
untuk cuba atau tidak
sebab tu aku cakap
RAJIN MEMBACA
blog "aku tak nak gemuk" tu bagus
contohi la budak itu
dan jangan baca separuh jalan
baca betul betul

lagi satu; bersabar lah
aku malas nak kongsi sebenarnya
sebab sakit hati jek.
mula mula iye2 mintak rahsia
bila dah kongsi
itu lah. ini lah. leceh lah. bahaye lah
tahik lah!!!!
huh!!!!
kalau rasa mahu buat; buat
kalau rasa tak nak; tak payah buat
tak payah nak komplen2 itu ini
oke?
ape pon usaha tangga kejayaan

*dan oh ye
diet ini paling tak sesuai untuk ibu mengandung
dan juga ibu yang aktif breastfeeding


selamat mencuba!!!
semoga berjaya!!!
^-^

4 comments:

e!ya said...

aku dah baca..patut pon ko xkasi aku ikut cara tue..mmg xsesuai tuk ibu BF..tapi tahniah laa wei ko berjaya lakukan nyer!!!
W'pon mula2 terase perit sgt kan
tp hasil sungguh memuaskan..

-icha03- said...

aya
oh..yeee
lupe nak letak situ
nanti aku update psl ibu BF tuh

tu laa..
memang tak bole utk ibu yg aktif BF
nanti if kau dah stop BF
and nk cuba, ko bole buat
oke oke
:)

Es hash ei Ka Ei en said...

aku rasa diet ko ni sama dgn bdk laki opis aku..

dulu dia mmg gemok..
tp skrg dia sgt kurus.
dan tufffff.

pd yg nk kurus btl mmg kena kuat n sabar..
aku pernah tgk college mate aku sampai nk pengsan sbb xmkn nasi sebulan. tp nmpk penurunan sikit je.

sepupu aku punya isteri ckp benda ni yg plg penting 'mind set' kita.

kalau kita nak sungguh² mesti kita usaha kan.

n sepupu aku ajar.setiap pg solat subuh minta doa dengan Allah untuk permudahkan urusan diet kita untuk tujuan kesihatan.

diet bkn utk kurus sematakan diet utk sihat.

neway tahniah.

Emynz said...

hahaha...dalam pada bagi tips ade unsur marah disitu. mmg hangen kan bile dah share pastu banyak songeh lak.

me ade terbaca kat mane hentah, dah lupe. kat situ Ibu yang aktif bf bleh ikut tapi dia kene pepandai caik nak gantikan kumpulan makanan dalam diet tu. Yep yang penting adalah air .