____________________________________ dah lama tak beromantik kan? kalau dulu masa bercinta, ade saja nak cerita pasal kekasih ini, sejak dah kawin susah benar nak cerita pasal dia hik hik hik ___________________________________ dulu bercinta jarak jauh sorang KL - sorang JB dan siapa sangka selepas 2 tahun kahwin kami terpaksa berjauhan lagi back to normal sorang KL - sorang JB jujur nya nampak macam sama sebab dah pernah ada pengalaman memang boleh anggap ini pon sedang bercinta jadik, sama je la macam dulu dulu tapi; dari sudut hati aku paling dalam seriusly, tak sama tiada tempat berkongsi cerita tiada tempat bergurau senda tiada tempat mengadu bagai tiada tempat bahu untuk sandar dan yang paling penting tiada tempat untuk meluah segala kalau dulu keluarga lagi penting dari kekasih kekasih tak ada pon takpe happy dengan keluarga lagi seronok tapi sekarang suami itu lagi perlu bukan nak kata keluarga tidak tapi keutamaan nya sudah berbeza kan? lagi lagi sebagai seorang isteri paling sedih sebab tengok anak tumpang kasih dengan orang lain aryan manja dengan seorang pakcik nya dia itu abang aku tiap kali dia datang, mesti ajak aryan solat sama sama aryan mesti ikot nanti abang aku bentang satu sejadah dan aryan akan duduk kat situ kadang kadang dia terbaring kadang kadang ikot ruku' sampai kalau orang panggil, baru dia tinggal dan aku rasa, sepatutnya itu adalah suami aku, daddy aryan bukan abang aku tapi itu lah, ini jalan yang telah kami pilih tahan kan saja. redha kan saja. tabah kan saja tak semua yang kita mahu kita akan dapat tak semua yang kita idam kita akan capai kadang kadang sesuatu itu memerlukan pengorbanan dan aku rasa, inilah perngorbanan nya cuma sampai bila aku sendiri tidak tahu? dan menjadi aku; harus nya kuat aku sudah latih diri aku untuk tidak jadi isteri yang lembik aku tidak mahu sedikit-sedikit mengadu pada suami sedikit-sedikit menangis sedikit-sedikit mengeluh ada. tipu kalau aku kata tiada tapi kalian boleh tanya sendiri pada suami aku; sepanjang aku di sini, jauh dari dia ini, pernah kah aku menangis rindu dia? pernah kah aku mengeluh sebab tak larat mahu kawal semua? tidak. sungguh tidak. aku tidak sombong. aku bukan berlagak tapi. aku cuba. sedaya upaya aku cuba untuk tidak menyusahkan hati dia aku perlu faham betapa dia rindu kan kami betapa dia rindu kan puteranya itu sebagai aku; aku tidak mahu menambah-nambah sebagai aku; aku tidak mahu menjadi beban perasaan untuk dia dan sepanjang hampir 7 bulan berjauhan dari dia aku sudah terbiasa. tanpa dia aku sudah terbiasa. menjadi keras aku sudah terbiasa. menjadi yang berdikari rindu? gila kah aku tidak rindu suami aku? sayang? hilang akal kah aku tidak sayang suami aku? pernah ada orang kata; "beri sedikit cemburu pada suami kau, walau suami kau tiada apa" sejak kenal, sejak bercinta aku memang bukan jenis perempuan yang cemburu sumpah bukan. melainkan sesuatu itu terjadi yang menyebabkan hati aku terasa menyebabkan aku di sampahkan iya. aku akan cemburu penting bagi aku ialah; cemburu itu bukan tali pengukur sayang aku sungguh bukan. suami aku tahu bila aku akan cemburu suami aku tahu bila aku akan terasa dengan meninggalkan dia seorang di sana, bermakna aku percaya dia tidak pernah sedikit pon, terdetik dalam hati aku yang dia akan curang dan juga, bukan bermakna aku tidak risau tipu. tipu kalau hati ini tidak risau tapi sungguh aku percaya jadi, tolong jangan di salah erti aku ini bukan isteri yang tidak mengenang budi bukan isteri yang tidak tahu menghargai suami aku setiap detik. setiap saat. dia dalam ingatan aku setiap aku menyuap makanan, tiap itu aku menahan rasa "entah apa santapan suami aku? sudah makan kah dia?" setiap kali aku pulang ke rumah, tiap itu aku menggigit bibir "apa rasa suami aku, pulang tidak di sambut? kuat kah dia?" setiap kali aku tidur, tiap itu aku menahan tangis "bagaimana suami aku tidur sendirian? sedih kah hati dia?" tapi; menjadi aku; perlu kah aku terus memikir itu semua? perlukah aku terus terus menahan sebak. menahan rasa? kau rasa, kalau aku terus terus begitu, apa yang aku dapat? dengan berterusan memendam begitu, bahagia kah aku? bukan senang untuk aku jadi begini menjadi isteri yang selalu cuba untuk kuat. untuk keras kalau aku tidak kuat. tidak perlu tunggu 7 bulan entah entah 2 bulan pon sudah gagal boleh bilang yang aku ini dekat dengan keluarga tapi macam aku cakap, tidak semua kita boleh kongsi dengan mereka siapa nak layan sedih kau sepanjang masa? siapa nak dengar tangis kau setiap masa? walau itu keluarga kau sendiri lama lama orang pon bosan kan? jadi tolong. percaya lah. percaya lah yang walau aku ini nampak tidak peduli tapi tiada siapa tahu bagaimana aku mengawal perasaan aku ini bukan mudah. sungguh bukan mudah. aku selalu ingat "selagi kita suami isteri, selagi kita saling berpegang antara satu sama lain insyallah, semua akan okay" aku sayang kau; kekasih ku aku cinta kau; suami ku tolong genggam tangan aku ini jangan lepas sampai tua, sampai nanti, sampai mati sebab tanpa kau; aku ini mati.
21 comments:
beb.. gua rasa nak nanges..
:'(
aku type sambil nanges
huk huk huk
:'(
Spoiled hari gua!!
FAK!!!
sebab?
xkan nak bitau nanges sambel bace...!!!!???
Fak la...!!!!!!!!
ok. paham
sori.
Okeh, sedih.
Terpaksa tahan airmata dari mengalir kat opis. ;((
Sabar, tabah.
InsyaAllah semua baik-baik saja. ;)
cha...mels kagom dengan kamo..
Kamo Wanita yang HEBAT!
dyana
alahai
jangan ah sedih
bole jadik panduan utk bakal pengantin
hahahah
tenkiu ye?
mels
uiisshh
takde la gitu sekali..
hahaha
uikss dah ramai komen
aku ketinggalannnnnnn...
hukhukhuk..
di keliling aku .. aku dah tgk ramai psgn begini.
mmg bkn mudah. malah ada yg sampai anak 2 3 masih berjauhan. beruntungnya sbb yg si isteri berada dkt dgn family sendiri. itu mmg buatkan masing² tiada sangat gundahnya.
aku mmg respek pada mereka yg memilih dan terpaksa pilih jln hidup begini demi utk kebahagian di masa akan dtg.
semoga semua tabah. tak apa la berpisah begini. kalau dah memang jodoh kalau dah memang sayang dan cinta ko duduk dlm hutan tak ada network pon hati masih tetap igt dia kan.
yg penting ALLAH owes dgn kita. mengadu la pd dia moga hidup akan sentiasa gembira.
tenkiu chem
:)
chem.. kalau..
er.. kalau..
erm.. kalau..
ish.. xpela.. xjadi nak kasitauuu
betoi kata chem kau masih beruntung tggl bersama family sakit demam masih ada org tengokkan..insyaalah allah akan balas rindu kejauhan kau nieh..mana tahu 1hari nnt kau akan dpt keja d'k.l..rezeki yg akan dtg kita xtahu bila kan...
chi
kenape?
meh cerita
aya
insyallah
doa kan
ye?
*kuar topik..
icha,kena pakai pisau pemotong kek,panjanggg n mata cam gergaji...gi cr kedai kek!belas2 ringgit jek..klu pisau biasa tkt hancuss,red velvet ni manjeee...
zana
ahahahahaha
tiba tiba je kaaannn ????
pisau yg plastik tu ke?
sile bagi gambar
hahahahah
semoga kau tabah..mmg asing idup tanpa suami disisi..smoga satu ari nnti korang akan idup sebumbung..aminnn
aku nak tergelak betul ngan komen zana tiap kali. lagu christina perry tu best kan OST twilight.
ramai da jadi pakar kaunseling, then all i can say is standing still mate :D
Salam..
Siyes entry kamu ini sgt sedih.percayalah kamu org terpilih untuk dugaan ini. Moga Allah makbulkan impian kami ya icha...
doa saya untuk kamu!
** thx ajar sy jdkuat.Hope sy sekuat kamu **
absence makes the heart grow fonder..
cewah~
moga rumahtangga kalian sentiasa dilimpahi mawaddah sakinah dan rahmah :)
jangan sedih2..duk jauh2 lagi sonok becinta kan?
intan
insyallAH
AMIINNNN
myn
itu la psl...
zana ni mmg taauuuuu...
jatuh centa ekk lagu tuu
aniwei,
tengs :)
asz
mari kite sama2 jadi wanita kuat
;)
naem
seronok
cuma kdg2 hati rindu sgt!
;)
Post a Comment